Lebih RM123 juta sudah diluluskan KPKT untuk rumah ibadat bukan Islam: Kor Ming

February 22, 2026 · Isu semasa

Lebih RM123.7 juta telah diluluskan kepada 1,048 rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara setakat Disember lalu menerusi inisiatif Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata bantuan itu membuktikan komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan rumah ibadat terus dipelihara sebagai institusi penting komuniti, selari dengan prinsip keterangkuman dan perpaduan dalam kepelbagaian.

“Rumah ibadat bukan sekadar struktur fizikal, sebaliknya pusat bagi menyemai nilai murni, memperkukuh perpaduan nasional dan kesejahteraan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kerajaan tidak mahu mana-mana rumah ibadat dibiarkan uzur atau terabai.

“Setiap komuniti berhak mendapat akses kepada kemudahan beribadat yang selamat, sempurna dan selesa,” ujarnya lagi.

Inisiatif RIBI diperkenalkan bagi membantu kerja-kerja pembinaan baharu, baik pulih serta penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar dan memerlukan sokongan kewangan, khususnya yang berperanan sebagai pusat kegiatan masyarakat setempat.

Semalam, sebuah Gereja Methodist Cina di Taiping menerima peruntukan RM250,000 bagi kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah yang dibina pada 1905 di Bukit Larut.

Gereja itu merupakan antara gereja Methodist terawal di negara ini dan kini berusia lebih satu abad.

Peruntukan tersebut digunakan untuk menggantikan lantai kayu yang rosak, memasang siling baharu, menjalankan kerja-kerja mengecat semula serta menaik taraf sistem pendawaian elektrik bagi menjamin keselamatan jemaah.

Dalam rangka lawatan kerja sama, Kor Ming turut meninjau Medan Siang Malam Taiping bagi melihat perkembangan projek naik taraf kawasan berkenaan yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk menikmati pelbagai juadah.

Kerajaan sebelum ini menegaskan pendekatan inklusif akan terus diperkukuh dalam usaha memastikan pembangunan fizikal dan sosial berjalan seiring, tanpa mengira latar belakang agama atau kaum.

Inisiatif seperti RIBI dilihat sebagai antara langkah strategik untuk mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Berita berkaitan
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
2 jam lalu· Politik
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
23 jam lalu· Isu semasa
Krisis Negeri Sembilan: Tony Pua dakwa UMNO main ‘tebuk atap’ dan tamak
23 jam lalu· Politik
Akmal tempelak Sanusi selepas digelar ‘budak catur’
April 26, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
2 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes gangguan seksual Ebit Lew dijangka hari ini
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
19 jam lalu · Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok