Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim menzahirkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Ibrahim yang kini sedang menjalani rawatan susulan masalah kesihatan.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata mendoakan agar Seri Paduka Baginda dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
“Mendoakan semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan berpanjangan serta terus sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT,” katanya.
Terdahulu, Istana Negara memaklumkan Sultan Ibrahim sedang gering akibat kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.
Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis rasmi bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.
Menurut kenyataan itu, disebabkan menjalani rawatan susulan, Sultan Ibrahim tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, ketua perwakilan asing serta pegawai kanan kerajaan yang berlangsung baru-baru ini di Istana Negara.
Majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Sultan Ibrahim yang dijadualkan turut ditangguhkan ke satu tarikh lain.
“Yang di-Pertuan Agong bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan Baginda beransur pulih,” menurut kenyataan berkenaan.
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib