Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menegaskan sebarang perbuatan menghina Islam atau mempersendakan kesuciannya tidak boleh dipandang ringan dan mesti dikenakan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara.
Baginda bertitah, sebagai agama Persekutuan, Islam mempunyai kedudukan istimewa yang wajib dihormati semua pihak.
Justeru, sebarang provokasi atau tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama perlu ditangani secara tegas tetapi berlandaskan prinsip keadilan.
“Penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya didorong oleh emosi atau tekanan mana-mana pihak, sebaliknya mestilah berasaskan fakta, bukti dan peruntukan undang-undang yang jelas,” titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan Majlis Kesultanan Pahang.
Baginda turut mengingatkan agar tindakan yang diambil bersifat adil dan berhemah.
“Ambillah tindakan yang tegas tetapi biarlah adil. Berikan pengajaran sewajarnya tanpa membakar emosi mana-mana pihak serta pastikan keadilan ditegakkan demi kestabilan negara tercinta,” titah baginda lagi.
Titah tersebut hadir susulan beberapa insiden berkaitan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) yang tular kebelakangan ini dan mencetuskan perdebatan hangat dalam masyarakat.
Isu-isu sensitif seperti ini, jika tidak dikawal, berpotensi menggugat keharmonian serta ketenteraman yang telah lama menjadi tunjang kekuatan negeri dan negara.
Menurut baginda, sebarang isu melibatkan agama perlu ditangani dengan penuh kebijaksanaan supaya tidak dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu.
Pada masa sama, baginda menegaskan kerajaan dan pemimpin di semua peringkat memikul tanggungjawab besar untuk menunjukkan kepimpinan matang, berintegriti dan berprinsip.
Baginda berharap semua pihak terus menghormati sensitiviti agama dan bersama-sama memelihara keharmonian yang dikecapi selama ini, demi memastikan kestabilan serta perpaduan negara terus terpelihara.
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
Portal rasmi KKM diserang penggodam
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar