Muhyiddin dedah pertemuan sulit Hamzah-Zahid antara punca pemecatan

March 3, 2026 · Politik

Presiden Parti Bersatu, Muhyiddin Yassin mendedahkan wujud pertemuan sulit antara Hamzah Zainudin dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menjadi antara punca utama tindakan disiplin terhadap bekas timbalan presiden parti itu.

Menurut Muhyiddin, tindakan mengadakan rundingan politik tanpa mandat kepimpinan tertinggi bukan isu kecil, sebaliknya menyentuh soal disiplin dan integriti parti.

Katanya, perkara itu pernah dibangkitkan dalam kumpulan sembang pimpinan tertinggi selepas timbul dakwaan mengenai pertemuan berkenaan.

“Kami tanya dalam kumpulan sembang, siapa yang jumpa Zahid? Tak ada jawapan.

“Tapi saya ada maklumat yang sahih. Dalam parti ini ada perlembagaan dan disiplin. Ini isu besar,” katanya dipetik laporan media semasa wawancara dengan media semalam.

Isu tersebut kembali hangat apabila Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan mendakwa pernah mengadakan perbincangan dengan pimpinan PAS dan Bersatu, yang turut dikaitkan dengan spekulasi gerakan politik dikenali sebagai ‘Bangkok Move’.

Dakwaan itu mencetuskan persoalan dalam kalangan kepimpinan parti kerana sebarang rundingan rasmi sepatutnya mendapat kelulusan majoriti serta pengetahuan presiden.

Muhyiddin menegaskan, tiada mana-mana individu boleh bertindak sendirian dalam soal pembentukan gabungan politik.

“Kalau untuk kebaikan parti, beritahu kepada saya. Presiden tak perlu tahu? Ini bukan perkara main-main,” ujarnya.

Beliau turut mendakwa terdapat perancangan tertentu untuk membentuk gabungan baharu tanpa kelulusan parti.

“Itu sahaja pun sudah cukup serius, tak perlu campur hal lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan terdapat beberapa lagi kes yang dirujuk kepada Lembaga Disiplin, namun enggan memperincikan butirannya.

“Banyak kesalahan dirujuk. Keputusan dibuat atas asas yang kukuh. Saya tak campur tangan secara peribadi, proses berjalan secara sistematik,” jelasnya.

Berita berkaitan
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
4 jam lalu· Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
9 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
12 jam lalu· Isu semasa
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
12 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
April 29, 2026 · Politik
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
April 29, 2026 · Politik
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
April 29, 2026 · Politik
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
April 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok