Sultan Pahang bertitah murka dan kesal dengan individu hina al-Quran

March 3, 2026 · Isu semasa

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa kesal terhadap insiden seorang mahasiswa sebuah universiti awam di Pahang yang didakwa memijak naskhah al-Quran, menyifatkannya sebagai perbuatan biadab yang menggugat keharmonian negeri dan negara.

Baginda bertitah, tindakan tersebut lebih menyedihkan kerana berlaku dalam bulan Ramadan, bulan yang dimuliakan umat Islam.

“Perbuatan ini bukan sahaja sangat biadab, bahkan satu penghinaan yang mengguris hati umat Islam serta menggugat keharmonian masyarakat yang dibina atas asas saling menghormati,” titah baginda ketika berangkat merasmikan Masjid Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Felda Jengka 19.

Menurut baginda, isu berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana ia menyentuh kesucian wahyu dan maruah umat Islam.

“Apabila al-Quran dipijak, yang tercemar bukan sekadar kertasnya, tetapi kesucian wahyu dan maruah umat. Dalam hal ini, saya menegaskan bahawa apabila al-Quran dipijak, diam bukanlah satu pilihan,” titah baginda lagi.

Sebagai Ketua dan Pelindung Agama Islam Negeri Pahang, baginda menegaskan sebarang penghinaan terhadap Islam wajib ditangani secara tegas mengikut lunas undang-undang.

Namun, baginda mengingatkan agar tindakan mempertahankan agama tidak dilakukan secara melulu atau didorong emosi.

Memetik kata-kata tokoh ulama, Buya Hamka, baginda menjelaskan ungkapan “jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kapan” bukan seruan keganasan, sebaliknya peringatan tentang tanggungjawab moral umat Islam.

“Islam menuntut ketegasan, tetapi dalam lingkungan keadilan. Kita tidak boleh membiarkan penghinaan berlaku, namun kita juga tidak boleh membalas dengan tindakan yang meruntuhkan keamanan,” titah baginda.

Baginda turut menegaskan kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina agama dan menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum serta kepercayaan supaya saling menghormati kitab suci masing-masing.

“Kita semua hendak tinggal di bumi Pahang ini dalam suasana aman sentosa, harmoni dan semangat muhibah yang sentiasa terpelihara,” titah baginda, sambil menambah kemajuan negeri hanya bermakna sekiranya akhlak dan nilai spiritual terus dipelihara.

Berita berkaitan
Seorang lelaki disiasat berhubung kandungan hina Sultan Selangor: MCMC
April 27, 2026· Isu semasa
Polis siasat hantaran Facebook hina Sultan Selangor
April 27, 2026· Isu semasa
AMK Selangor lapor polis isu hina institusi diraja di media sosial
April 27, 2026· Politik
Kes pijak al-Quran Melaka: Seorang penganggur dipenjara 9 bulan
March 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
8 jam lalu · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
8 jam lalu · Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
8 jam lalu · Isu semasa
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok