Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut setakat Januari lalu: Laporan

March 7, 2026 · Isu semasa

Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Januari lepas, kata Akauntan Negara Zainani Jusoh.

Beliau berkata daripada jumlah itu RM7 bilion masih kekal berada dalam akaun amanah tak dituntut manakala selebihnya pula telah dilaraskan ke dalam akaun hasil disatukan kerana tidak dituntut oleh pemilik atau waris dalam tempoh 10 tahun.

“Namun begitu, wang yang dilaraskan ke dalam akaun hasil disatukan akan dibayar balik sekiranya ada permohonan tuntutan daripada pemilik atau waris,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI (KAM) JANM di Kampung Bukit Merah hari ini.

Zainani berkata pihaknya juga tidak pernah melantik mana-mana ejen atau sebagai wakil JANM untuk menuntut wang terbabit bagi pihak penuntut.

“Selain mengadakan aktiviti disetiap program atau karnival anjuran kerajaan, kita juga turut menyediakan sebuah bas bergerak yang akan jelajah ke seluruh negeri untuk memudahkan urusan orang ramai menyemak wang yang tak dituntut,” katanya.

Mengulas mengenai KAM di Kampung Bukit Merah, Zainani berkata program ini merupakan kesinambungan projek yang bermula pada 2024 di Nanga Tebat, Lubok Antu, Sarawak dan diikuti pada 2025 di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat, Johor.

“Pada 2026, Kampung Bukit Merah di Tanah Merah, Kelantan telah diluluskan sebagai KAM JANM oleh Kementerian Kewangan dan bakal dinaik taraf menerusi peruntukan sebanyak RM500,000.

“Dengan peruntukan yang diluluskan, maka kerja-kerja naik taraf dapat dilaksanakan dengan terancang dan cekap supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat.

“Antara projek naik taraf kemudahan yang dibincangkan adalah pembaikan kemudahan dan infrastruktrur Masjid Al Iktikaf Ibnu Sina, Masjid Iktikaf Pakteh, pembelian kabin untuk pasukan Rukun Tetangga, baik pulih jalan kampung, pembesaran longkang, pemasangan lampu solar jalan dan pembaikan saluran air,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Jualan Ihsan Rahmah 9.9 dibuat secara dalam talian: PMX
August 20, 2026· Isu semasa
UMNO-BN tak berganjak, terus sokong kerajaan hingga akhir penggal: Khaled
August 17, 2026· Politik
Pendapatan KWSP Melonjak 48 Peratus, cecah RM57.5 bilion
August 17, 2026· Isu semasa
DAP kekal, Ibrahim Ali dakwa PAS kecewa tak dapat masuk jadi kerajaan
August 17, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
2 jam lalu · Isu semasa
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
2 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
15 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
19 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok