Khaled ajak bekas ahli kembali ke UMNO, sahut seruan Zahid pemimpin ulung

March 8, 2026 · Politik

UMNO menggesa bekas ahlinya yang pernah meninggalkan parti itu supaya kembali menyertai semula perjuangan demi memperkukuh perpaduan orang Melayu.

Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata seruan Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi agar pintu UMNO dibuka kepada bekas ahli wajar disambut dengan sikap terbuka oleh seluruh kepimpinan dan akar umbi parti.

Menurut beliau, UMNO bukan sekadar parti politik, sebaliknya sebuah wadah yang sejak awal penubuhannya berperanan melindungi, memajukan dan menyatukan orang Melayu.

“UMNO adalah ‘Rumah Besar’ untuk bangsa Melayu. Ia bukan milik individu tertentu, tetapi rumah bersama yang dibina untuk melindungi dan memajukan orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa berkata, seperti sebuah keluarga besar, perbezaan pendapat dan perselisihan adalah perkara biasa dalam mana-mana organisasi.

“Bumi mana tidak ditimpa hujan, langit mana yang tidak menyaksikan awan mendung. Perselisihan itu lumrah, tetapi ia tidak seharusnya menjadikan rumah ini dimusuhi,” katanya.

Khaled menegaskan, ramai pemimpin dan ahli UMNO pernah membesar serta mendapat pengalaman politik dalam parti tersebut yang menjadi tempat mereka belajar dan berkhidmat kepada masyarakat.

UMNO memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan negara serta pembentukan kerajaan Malaysia selepas merdeka.

Parti itu juga pernah menjadi tonggak utama dalam gabungan Barisan Nasional yang memerintah negara selama beberapa dekad.

Menurut Khaled, hubungan UMNO dengan orang Melayu sangat mendalam kerana parti itu menjadi penghubung antara era penjajahan dan kemerdekaan serta memainkan peranan besar dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat Melayu.

“UMNO pernah mengangkat bangsa ini daripada kemiskinan kepada kehidupan yang lebih sejahtera serta memartabatkan Islam sebagai agama yang progresif,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap bekas ahli yang pernah meninggalkan parti dapat mempertimbangkan untuk kembali bersama UMNO.

“Rumah ini masih kukuh. Kami yang masih di sini sentiasa mengingati kenangan sebagai sebuah keluarga besar,” katanya.

Berita berkaitan
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
14 jam lalu· Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
20 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
23 jam lalu· Isu semasa
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
23 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
April 29, 2026 · Politik
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
April 29, 2026 · Politik
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
April 29, 2026 · Politik
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
April 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok