UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat

March 9, 2026 · Politik

UMNO tidak akan memaksa mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung untuk kembali menyertai parti itu melalui inisiatif “Rumah Bangsa”.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata keputusan tersebut terpulang sepenuhnya kepada individu berkenaan sama ada mahu kembali atau tidak, namun ia perlu dibuat secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

“Kita tidak memaksa sesiapa. Kalau dia mahu kembali kepada parti yang dahulu sebagai ahli UMNO, terpulang kepada dia. Kalau dia kata dia tidak suka UMNO pun terpulang,” katanya dipetik laporan media selepas menyampaikan bantuan Ramadan di Seremban.

Mohamad menegaskan kekuatan UMNO tidak bergantung kepada individu tertentu, sebaliknya terletak pada sokongan ahli di peringkat akar umbi serta semangat perjuangan secara berkumpulan.

“UMNO bukan parti yang bergantung kepada seorang dua individu. Kekuatan parti datang daripada ahli di bawah dan perjuangan secara bersama,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa bekas pemimpin dan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang menolak pelawaan menyertai inisiatif “Rumah Bangsa”.

Penolakan itu dikaitkan dengan dakwaan bahawa UMNO kini bekerjasama dengan DAP, parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Mengulas perkara itu, Mohamad menjelaskan kerjasama yang wujud ketika ini bukanlah penggabungan parti, sebaliknya satu bentuk persefahaman untuk mentadbir negara selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak memberikan majoriti jelas kepada mana-mana gabungan politik.

“Kita tidak pernah bersama DAP sebagai parti. Kita hanya membuat perjanjian untuk menguruskan negara bersama Pakatan Harapan.

“Ketika itu tiada mana-mana parti mempunyai kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Menurut beliau, situasi selepas pilihan raya ketika itu memerlukan penyelesaian segera bagi memastikan pentadbiran negara stabil dan keyakinan pelabur tidak terjejas.

Selain itu, Mohamad menjelaskan UMNO tidak akan menerima sebarang syarat daripada mana-mana bekas ahli yang mahu kembali.

“Kalau mahu bersama, biar atas kerelaan sendiri untuk berjuang melalui platform UMNO,” katanya.

Berita berkaitan
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
4 jam lalu· Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
10 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
13 jam lalu· Isu semasa
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
13 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
April 29, 2026 · Politik
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
April 29, 2026 · Politik
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
April 29, 2026 · Politik
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
April 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok