Pentadbir akaun Facebook dipenjara 10 bulan kerana hina pemergian Pak Lah

March 11, 2026 · Isu semasa

Seorang pentadbir akaun Facebook dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Miri 1 selepas didapati bersalah memuat naik komen jelik yang menghina agama Islam serta menyentuh pemergian bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Tertuduh, John Mule anak Alai, 48, mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi secara tidak wajar dengan memuat naik komunikasi bersifat jelik melampau.

Perbuatan itu dilakukan melalui akaun Facebook “Bat Tuo Sai”.

Mengikut pertuduhan, komen berkenaan dimuat naik pada hantaran berita oleh Astro Awani mengenai pemergian Abdullah. Kandungan tersebut didapati mencerca serta menghina ayat suci al-Quran selain membuat penghinaan terhadap tokoh negara itu.

Mahkamah memutuskan tertuduh bersalah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu pihak lain.

Dalam kenyataan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan pihaknya memandang serius penyalahgunaan platform digital yang boleh menghina agama atau menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Sebarang kandungan yang menghina agama, menghasut kebencian atau menyinggung sensitiviti kaum dan agama tidak akan dikompromi. Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu turut mengingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial.

Abdullah, yang dikenali sebagai “Pak Lah”, merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima dan memimpin negara dari 2003 hingga 2009.

Beliau dikenang sebagai pemimpin yang memperkenalkan konsep Islam Hadhari serta usaha memperkukuh tadbir urus dan integriti dalam pentadbiran negara.

Berita berkaitan
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
3 jam lalu· Politik
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
15 jam lalu· Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
19 jam lalu· Isu semasa
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
3 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
3 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
21 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok