Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Kerajaan tidak akan membuat sebarang rombakan melibatkan Kementerian Ekonomi, tegas Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menepis desas-desus mengatakan kononnya kementerian itu akan ditutup selepas Datuk Seri Rafizi Ramli nekad melepaskan jawatan anggota Kabinet baru-baru ini.
“Saya fikir tidak ada keperluan untuk kita rombak apa-apa setakat ini dan saya ucap selamat maju jaya kepada Rafizi yang telah berkhidmat begitu baik sebagai Menteri Ekonomi.
“Saya akan putuskan pada waktunya mana-mana menteri atau kementerian menjalankan tugas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Persidangan Energy Asia 2025 hari ini.
Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad, masing-masing Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli serta Kelestarian Alam, meletakkan jawatan daripada kabinet bulan lalu selepas gagal mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti.
Rafizi tewas kepada Nurul Izzah dalam saingan satu lawan satu manakala Nik Nazmi gagal mengekalkan kedudukan sebagai Naib Presiden.
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum