Kerajaan kaji semula kerja dari rumah bagi penjawat awam, langkah berjimat

March 13, 2026 · Isu semasa

Kerajaan sedang meneliti kemungkinan melaksanakan semula dasar bekerja dari rumah (WFH) bagi penjawat awam sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara susulan ketidaktentuan ekonomi akibat konflik berlarutan di Asia Barat.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, cadangan itu merupakan antara pendekatan yang sedang dipertimbangkan bagi mengurangkan tekanan fiskal selepas subsidi petrol dan diesel meningkat sehingga menambah kira-kira RM2 bilion kepada perbelanjaan kerajaan.

Menurutnya, pelaksanaan semula WFH bukan sahaja dapat menjimatkan kos operasi kerajaan, malah membantu mengurangkan penggunaan tenaga tanpa menjejaskan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

“Kita sedang melihat pendekatan lain seperti bekerja dari rumah serta mengurangkan penggunaan elektrik atau menyelaraskan suhu pendingin hawa di pejabat-pejabat kerajaan.

“Ini adalah langkah yang kita sifatkan sebagai ‘no regret’ kerana ia membawa penjimatan kepada negara tanpa menjejaskan keselesaan penjawat awam dan rakyat,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet Khas hari ini.

Beliau menjelaskan kajian berhubung penyelarasan kaedah kerja tersebut kini sedang diteliti oleh Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Pada masa sama, kerajaan turut menekankan pendekatan kesederhanaan dalam perbelanjaan susulan kenaikan harga minyak dunia yang kini berada sekitar AS$100 setong selepas pernah mencecah AS$119 setong sebelum ini.

Amir Hamzah berkata, langkah berjimat turut dizahirkan melalui saranan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar syarikat berkaitan kerajaan dan agensi kerajaan tidak menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri secara besar-besaran tahun ini.

“Kesederhanaan sangat penting ketika keadaan global tidak stabil. Ia juga menjadi isyarat jelas bahawa kerajaan serius dalam usaha mengawal perbelanjaan,” katanya.

Konflik geopolitik di Asia Barat sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi kesan kepada pasaran tenaga global dan menyumbang kepada turun naik harga minyak, sekali gus memberi tekanan kepada negara yang masih menanggung subsidi bahan api.

Walaupun berdepan cabaran tersebut, Amir Hamzah menegaskan ekonomi negara kekal kukuh hasil pelaksanaan reformasi fiskal sejak tiga tahun lalu.

Katanya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 5.2 peratus pada 2025 membuktikan asas ekonomi Malaysia masih stabil dan berupaya menarik pelaburan langsung asing.

“Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, Malaysia mempunyai kelebihan sebagai negara yang aman dan stabil. Faktor inilah yang terus menarik minat pelabur asing untuk memilih Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Fokus bantu rakyat, UMNO sokong cadangan PMX tidak buat PRU awal
2 jam lalu· Politik
Anwar pertahan pendekatan diplomasi Malaysia dalam berdepan krisis Asia Barat
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan perkukuh usaha hadapi krisis tenaga, lindungi rakyat: Fahmi
2 jam lalu· Isu semasa
Iran dakwa tembak jatuh pesawat tentera AS di Isfahan
3 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
KPDN cari jalan ringankan beban pengusaha stesen minyak
6 jam lalu · Isu semasa
Subsidi diesel melonjak tiga kali ganda selepas krisis global
6 jam lalu · Isu semasa
PMX pertahan bantuan ke Gaza, tanda prihatin berterusan sesama umat Islam
22 jam lalu · Isu semasa
Pergerakan pasaran bursa dijangka kekal berhati-hati minggu depan
22 jam lalu · Isu semasa
Harga barang kekal stabil selagi bekalan cukup: Mohamad Sabu
April 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok