SPR nafi tarikh PRU-16 tular

March 13, 2026 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Pilihan Raya Umum ke-16 Malaysia (PRU-16) akan diadakan pada 24 Oktober 2026.

Dalam satu kenyataan, SPR menjelaskan poster yang tersebar memaparkan tarikh penamaan calon pada 10 Oktober 2026 dan hari pengundian pada 24 Oktober 2026 adalah tidak benar serta tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya.

“Berita tidak benar. Elakkan daripada menyebarkan kandungan yang mengelirukan, termasuk konteks yang tidak tepat, sumber yang samar serta imej yang telah dimanipulasi atau direka,” menurut kenyataan itu.

Maklumat tersebut mula tular sejak beberapa hari lalu menerusi beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan kononnya jadual penting menuju PRU-16, termasuk tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Hantaran sama turut mendakwa kononnya draf awal persediaan SPR bagi menghadapi PRU-16 telah dikeluarkan pada sesi awal tahun 2026.

Ia juga menyeru orang ramai supaya menunggu pengumuman rasmi pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum pilihan raya diadakan.

Bagaimanapun, SPR menegaskan sebarang tarikh berkaitan pilihan raya hanya akan diumumkan secara rasmi selepas proses pembubaran Parlimen dan DUN dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan.

Untuk rekod, PRU-15 sebelum ini iaitu diadakan pada November 2022 selepas Parlimen dibubarkan lebih awal daripada tempoh maksimum penggal lima tahun.

Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan lebih awal, penggal semasa dijangka berakhir pada awal 2027, sekali gus menjadikan pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya sekitar Mac tahun tersebut.

Sehubungan itu, SPR mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan merujuk saluran rasmi SPR bagi mendapatkan maklumat tepat berkaitan urusan pilihan raya,” menurut kenyataan itu lagi.

Berita berkaitan
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
April 29, 2026· Politik
PAS sasar kerusi Muar, mahu singkirkan Syed Saddiq
April 27, 2026· Politik
MCMC siasat individu buat video palsu berhubung SPRM dan Azam Baki
April 21, 2026· Isu semasa
Rumah Bangsa berjaya tarik lebih ramai nama besar sertai UMNO: Zahid
April 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026 · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
6 jam lalu · Politik
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
9 jam lalu · Politik
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
9 jam lalu · Politik
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
April 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok