Rumah Bangsa berjaya tarik lebih ramai nama besar sertai UMNO: Zahid

April 19, 2026 · Politik

Usaha memperkukuh parti melalui inisiatif “Rumah Bangsa” dilihat semakin mendapat sambutan apabila lebih ramai tokoh dan pemimpin politik, termasuk yang pernah bersama pembangkang, dijangka kembali menyertai UMNO.

Presiden UMNO,Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa pemimpin berprofil tinggi sudah pun mengadakan pertemuan tidak rasmi dengannya bagi membincangkan hasrat tersebut.

“Saya menjangkakan lebih ramai nama besar akan menyertai. Ramai yang sudah bertemu saya, tetapi demi menjaga air muka, saya tidak akan sebutkan nama mereka,” katanya menurut laporan media.

Beliau menegaskan UMNO membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana pihak tanpa syarat untuk kembali bersama parti itu.

Inisiatif Rumah Bangsa diperkenalkan sebagai platform untuk menyatukan semula bekas pemimpin dan ahli UMNO yang sebelum ini meninggalkan parti.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian strategi pemulihan parti selepas mengalami cabaran besar dalam beberapa pilihan raya lalu.

Ahmad Zahid turut menjelaskan proses kemasukan semula kini dipermudahkan melalui jawatankuasa khas yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin. M

enurutnya, pendekatan baharu ini membolehkan permohonan diluluskan dengan lebih cepat tanpa birokrasi yang rumit.

“Kita hanya memerlukan surat menyatakan hasrat, dan mereka boleh terus diterima masuk. Tidak perlu lagi melalui proses panjang seperti sebelum ini,” katanya lagi.

Beliau menambah, pendekatan sama turut digunakan untuk menarik golongan muda menyertai parti melalui sistem permohonan dalam talian dan keahlian digital.

“Dulu prosesnya panjang dan tidak mesra anak muda. Sekarang kita ubah, mereka boleh daftar terus secara dalam talian dan terus ke ibu pejabat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki, sebelum ini memaklumkan lebih 6,000 bekas pemimpin dan ahli telah diterima semula melalui inisiatif tersebut.

Berita berkaitan
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
19 jam lalu· Politik
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
19 jam lalu· Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
23 jam lalu· Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
DAP akan muktamadkan hala tuju politik semasa Kongres Khas 12 Julai
April 19, 2026 · Politik
Tak perlu darurat tangguh PRN: Muhyiddin
April 19, 2026 · Politik
Nurul Izzah dicadang bertanding di Parlimen Batu
3 jam lalu · Politik
Amirudin tekad pertahan kerusi Parlimen Gombak
4 jam lalu · Politik
Jangan leka dengan kuasa, kekalkan semangat reformasi: Fahmi
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok