Peruntukan RM1.5 juta diumum PMX untuk sekolah pondok di Sabah

March 16, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.525 juta kepada lima sekolah pondok dan pusat tahfiz di Sabah bagi menaik taraf kemudahan serta memperkenalkan pendidikan digital termasuk kecerdasan buatan (AI).

Menurut Anwar, langkah tersebut mencerminkan usaha kerajaan memperkasa institusi pendidikan Islam tradisional agar mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dunia tanpa menjejaskan sistem pengajian pondok yang sedia ada.

“Institusi pondok dan tahfiz perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dunia termasuk kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan,” katanya semasa Majlis Berbuka Puasa Madani di Universiti Malaysia Sabah semalam.

Lima institusi yang menerima peruntukan itu ialah Pondok Pesantren Nurul Ihsan dan Pondok Miftahussalam di Sandakan; Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Babussalam serta Pondok Al-Hasyimi di Kudat; dan Pondok Fii Dzilalil Quran di Kota Belud.

Anwar menegaskan kerajaan tidak akan campur tangan dalam kurikulum tradisional yang diajar di institusi berkenaan.

Sebaliknya, kerajaan hanya mencadangkan penambahan elemen seperti penguasaan bahasa Melayu, pemahaman sejarah negara serta pendedahan kepada teknologi digital dan AI.

“Kurikulum pondok diteruskan seperti biasa, kita tidak campur. Kita cuma tambah bahasa, tambah sejarah dan tambah pendidikan digital serta kecerdasan buatan,” katanya.

Beliau turut mengimbas keputusan kerajaan pada 2003 yang menghentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat, yang menurutnya memberi kesan besar kepada institusi tersebut.

Katanya, pentadbiran kerajaan kini mengambil langkah untuk menilai semula keputusan itu dan memulakan kembali sokongan kepada sekolah agama rakyat selepas melihat peranan pentingnya dalam pendidikan masyarakat.

“Jumlah pelajar di maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat di negara ini mencecah lebih 400,000, mungkin hampir setengah juta. Saya merasakan keputusan menghentikan bantuan dahulu tidak bijak,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut menekankan pembangunan negara perlu memberi manfaat terus kepada rakyat di peringkat akar umbi, termasuk melalui penyediaan kemudahan asas yang lebih baik.

Beliau berkata kemudahan seperti gerai, warung dan restoran kecil yang sering menjadi tumpuan majoriti rakyat tidak seharusnya dipinggirkan dalam perancangan pembangunan.

“Kemudahan yang dimanfaatkan majoriti rakyat seperti gerai dan warung perlu diberi perhatian kerana di situlah kira-kira 85 peratus rakyat mendapatkan perkhidmatan,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
6 jam lalu· Isu semasa
Anwar tegas mahu Sabah, Sarawak terus maju
7 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu kementerian berjimat hadapi tekanan ekonomi global
May 29, 2026· Isu semasa
Baucar buku RM100 diteruskan untuk pelajar bagi galakkan budaya membaca: PMX
May 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi
7 jam lalu · Isu semasa
SPRM teliti dakwaan penyelewengan projek naik taraf Stadium Bukit Jalil
May 29, 2026 · Isu semasa
Najib fail bukti baharu dalam rayuan kes 1MDB
May 29, 2026 · Isu semasa
Subsidi BUDI95: MoF beri amaran salah guna MyKad tanpa kebenaran
May 29, 2026 · Isu semasa
Pelajar di Melaka ditahan kes vape mushroom libatkan remaja perempuan
May 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok