Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin berpandangan parti itu masih mempunyai asas yang kukuh untuk bangkit semula dan meraih kepercayaan masyarakat Melayu, meskipun berdepan cabaran politik yang semakin berpecah.
Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO, landskap politik Melayu ketika ini dilihat semakin terfragmentasi dengan kewujudan banyak parti, sekali gus memberi kesan kepada kekuatan dan pengaruh orang Melayu dalam politik negara.
“Ramai orang Melayu merasakan terlalu banyak parti politik yang akhirnya memecahkan kekuatan bangsa itu sendiri.
Sama ada kita suka atau tidak, hakikatnya kekuatan politik Melayu kini semakin berkurang, dari segi persepsi mahupun realiti,” katanya dipetik dalam podcast KeluarSekejap.
Khairy juga mengulangi keyakinannya terhadap UMNO masih utuh, walaupun parti itu perlu mengakui kesilapan lalu, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 yang menyaksikan kejatuhan besar parti berkenaan.
Isnin lalu, beliau mengemukakan rayuan rasmi untuk membatalkan pemecatan keahliannya dalam UMNO, dengan hasrat kembali menyumbang kepada parti yang pernah menjadi tunjang politik Melayu sejak merdeka.
Mengulas keputusannya itu, Khairy berkata pengalaman lalu harus dijadikan pengajaran untuk memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan semula parti.
“Kalau saya ibaratkan UMNO sebagai sebuah rumah, asas dan rangkanya masih kukuh. Rumah yang bertulang kuat ini, kalau diperbaiki dan dihias dengan baik, saya percaya ia boleh kembali berdiri megah,” jelasnya.
Beliau turut menambah perubahan dalam UMNO sudah mula kelihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutama dari segi kestabilan dalaman yang semakin baik berbanding sebelumnya.
Khairy juga mendedahkan sejak dipecat, menerima pelawaan daripada pelbagai parti politik, namun memilih untuk tidak menyertainya kerana keutamaan beliau kekal untuk kembali ke UMNO.
“Pilihan pertama saya sentiasa UMNO. Saya percaya kepada perjuangan, struktur dan kekuatan asas parti ini,” katanya lagi.
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan