Cuaca panas: 15 kes direkod, seorang kanak-kanak maut

March 23, 2026 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati susulan peningkatan kes berkaitan cuaca panas ekstrem yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memaklumkan sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas telah direkodkan setakat tahun ini, termasuk satu kematian yang melibatkan seorang kanak-kanak.

Beliau berkata situasi cuaca panas melampau ketika ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh membawa risiko kesihatan serius seperti strok haba.

“Cuaca panas melampau ketika ini menuntut kita semua untuk lebih peka terhadap risiko kesihatan, khususnya strok haba,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut beliau, orang ramai perlu segera mengenal pasti tanda awal strok haba, antaranya pening berpanjangan, rasa dahaga melampau dan peningkatan suhu badan.

Katanya, tindakan segera perlu diambil sekiranya simptom tersebut dialami.

“Sekiranya mengalami simptom ini, segera cari tempat teduh, minum air kosong secukupnya dan sejukkan badan dengan kadar segera,” jelasnya.

Dzulkefly turut menegaskan aspek keselamatan tidak boleh diabaikan, terutama membabitkan kanak-kanak yang lebih terdedah kepada risiko cuaca panas.

“Jangan sesekali meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk tempoh yang singkat,” tegasnya.

Malaysia ketika ini sedang berdepan dengan fenomena cuaca panas yang dikaitkan dengan perubahan iklim global serta peralihan monsun, yang menyebabkan suhu meningkat di beberapa kawasan.

Keadaan ini meningkatkan risiko dehidrasi dan strok haba, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas serta individu yang bekerja di luar.

Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai untuk merujuk panduan pencegahan yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan serta memastikan pengambilan air mencukupi setiap hari.

“Pencegahan awal adalah kunci. Kekal sihat dan pastikan tubuh sentiasa terhidrat,” katanya.

Berita berkaitan
Warga Rohingya tetap bayar caj rawatan, tiada subsidi diberikan: Dr Dzulkefly
June 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan tanggung kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai: Fahmi
June 15, 2026· Isu semasa
Najib mohon maaf isu hantaran Facebook terhadap Dr Dzulkefly
April 9, 2026· Politik
Cuaca panas melampau: Penduduk kedah diminta kurangkan aktiviti luar
March 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
1 jam lalu · Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
4 jam lalu · Isu semasa
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
23 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
23 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok