Najib mohon maaf isu hantaran Facebook terhadap Dr Dzulkefly

April 9, 2026 · Politik

Bekas perdana menteri, Najib Razak mengakui tiada unsur nepotisme melibatkan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berhubung pelantikan anak perempuan beliau dalam beberapa entiti berkaitan kerajaan.

Pengakuan itu dibuat susulan saman sivil yang difailkan oleh Dzulkefly terhadap Najib berhubung hantaran Facebook bertarikh 24 Ogos 2020 yang didakwa memberi gambaran wujudnya amalan nepotisme.

Dalam kenyataan yang dibacakan di Mahkamah Kuala Lumpur, Najib menjelaskan beliau menerima hakikat Dzulkefly tidak terlibat dalam pelantikan Nurul Iman ke Lembaga Pengarah AIM Solutions Group Bhd pada April 2018 serta ke Lembaga Pemegang Amanah Amanah Ikhtiar Malaysia pada Oktober tahun sama.

“Saya ingin menjelaskan bahawa hantaran tersebut tidak bertujuan untuk memfitnah, dan juga tidak bertujuan untuk membayangkan bahawa plaintif adalah korup atau terlibat dalam nepotisme serta kronisme,” katanya.

Menurut beliau, hantaran itu dibuat dalam kapasiti sebagai Ahli Parlimen dan bertujuan mengulas isu tadbir urus serta persepsi standard berganda dalam kalangan parti politik ketika itu.

Bagaimanapun, Najib mengakui hantaran berkenaan telah menimbulkan kesusahan kepada Dzulkefly dan keluarganya.

“Saya kesal atas kesulitan yang timbul dan ingin memohon maaf secara ikhlas kepada beliau serta keluarga,” katanya lagi.

Kes ini berpunca daripada tindakan Dzulkefly yang memfailkan saman pada Januari 2022, mendakwa hantaran tersebut bersifat fitnah dan mencemarkan reputasinya.

Beliau mendakwa kenyataan itu membawa maksud bahawa dirinya mengamalkan kronisme dengan memberi kelebihan kepada ahli keluarga tanpa penilaian sewajarnya.

Dalam pernyataan pembelaan sebelum ini, Najib menegaskan hantaran tersebut tidak merujuk secara khusus kepada Dzulkefly, sebaliknya menyentuh isu lebih luas melibatkan gabungan parti dalam Pakatan Harapan.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
10 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
10 jam lalu· Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
18 jam lalu· Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
10 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
10 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
10 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
17 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok