Permohonan Hisham, KJ sertai balik UMNO akan dibincang dalam mesyuarat MKT

March 28, 2026 · Politik

Permohonan beberapa bekas pemimpin UMNO termasuk Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin untuk kembali menyertai parti akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 17 April depan.

Naib Presiden UMNO Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu akan dibincangkan berlandaskan semangat penyatuan yang digagaskan melalui konsep “Rumah Bangsa”, namun keputusan muktamad mungkin tidak dibuat serta-merta dalam mesyuarat tersebut.

“Saya akan bawa perkara ini ke Mesyuarat MKT atas semangat Rumah Bangsa, juga bersempena Aidilfitri dan Ramadan.

“Kita lihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif,” katanya dipetik laporan media.

Menurut beliau, usaha mengumpul permohonan masih berjalan dan tiada tempoh khusus ditetapkan untuk bekas ahli atau pemimpin mengemukakan rayuan kembali ke dalam parti.

“Akan ada keputusan yang baik ke arah memperkukuh Rumah Bangsa,” tambahnya.

Isu penyertaan semula ini timbul selepas beberapa tokoh yang sebelum ini dikenakan tindakan disiplin menunjukkan minat untuk kembali bersama UMNO, ketika parti itu sedang berusaha memperkukuh kedudukan selepas prestasi mencabar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pada 27 Januari 2023, Majlis Tertinggi UMNO mengambil tindakan menggantung keahlian Hishammuddin selama enam tahun bersama beberapa pemimpin lain termasuk Shahril Sufian Hamdan, Mohd Salim Sharif dan Maulizan Bujang.

Pada masa sama, Khairy Jamaluddin dan Noh Omar dipecat daripada parti atas pelanggaran disiplin.

Langkah disiplin tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan ahli dan pemerhati politik mengenai hala tuju UMNO, khususnya dalam usaha memulihkan kekuatan parti serta menarik semula sokongan akar umbi.

Perbincangan dalam mesyuarat MKT bulan depan dijangka menjadi penanda penting sama ada UMNO bersedia membuka lembaran baharu dengan menerima kembali bekas pemimpin atau kekal dengan pendirian sedia ada demi menjaga disiplin parti.

Berita berkaitan
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
April 16, 2026· Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026· Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
April 16, 2026· Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
April 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
19 jam lalu · Politik
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026 · Politik
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
April 15, 2026 · Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
April 15, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok