Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim mempertahankan usaha diplomasi Malaysia dalam isu Iran dan konflik di Gaza, sambil meminta supaya pencapaian itu diberi pengiktirafan, bukan dipertikai.
Perdana Menteri berkata ketegasan Malaysia membantah serangan melibatkan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran telah membantu memperkukuh hubungan dua hala, termasuk memudahkan laluan kapal negara melalui Selat Hormuz.
“Cuba fikir, mudahkah untuk yakinkan Presiden Iran benarkan kapal kita lalu? Kita bukan sekadar bersuara, kita ambil pendirian tegas di Parlimen.
“Tidak banyak negara berani buat seperti Malaysia, jadi berilah sedikit kredit,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Johor.
Menurut beliau, hubungan diplomatik yang lebih erat ini adalah hasil pendekatan konsisten kerajaan yang berani menyuarakan pendirian dalam isu geopolitik, termasuk konflik di Gaza yang melibatkan penderitaan rakyat Palestin.
Anwar turut meluahkan kekecewaan terhadap kritikan pembangkang berhubung pertemuannya dengan Presiden Donald Trump, termasuk ketika berada dalam kenderaan rasmi presiden, “The Beast”.
“Saya berunding, tetapi tidak sesekali menggadaikan kepentingan negara. Dalam pertemuan itu, saya sendiri bangkitkan isu Palestin dan penderitaan rakyat Gaza,” katanya.
Beliau menegaskan mesej sama turut disampaikan kepada bekas Presiden Joe Biden sebelum ini, termasuk mengkritik sikap hipokrasi Barat dalam menangani konflik tersebut.
Untuk rekod, Malaysia sejak sekian lama mengamalkan dasar luar berkecuali namun lantang dalam isu kemanusiaan, khususnya melibatkan Palestin.
Di bawah pentadbiran Anwar, pendekatan ini dilihat lebih tegas dengan usaha memperluas jaringan diplomatik di Timur Tengah.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata kejayaan ekonomi Johor turut didorong dasar dan sokongan Kerajaan Persekutuan.
Katanya, beberapa projek utama seperti Forest City, Pelabuhan Maharani dan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura berjaya dipulihkan serta diperkukuh melalui kerjasama pelbagai pihak.
“Ini bukan rekaan. Ia fakta berdasarkan rekod. Kita akui peranan kerajaan negeri, tetapi dasar dan rundingan di peringkat Persekutuan memainkan peranan besar,” katanya.
Johor mencatat pelaburan sebanyak RM110 bilion tahun lalu, rekod tertinggi negara, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemacu utama ekonomi Malaysia.
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan