FINAS dan Insolvensi jalin kerjasama bantu seniman berdepan isu kewangan: Fahmi

April 9, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memperkukuh perlindungan terhadap penggiat seni tempatan menerusi kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Jabatan Insolvensi Malaysia, dalam usaha menangani isu kewangan dan kontrak yang sering membelenggu industri kreatif.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, langkah itu penting memandangkan ramai penggiat seni, khususnya dalam bidang perfileman, berdepan risiko seperti kegagalan perniagaan, penipuan serta muflis.

“Melalui kerjasama ini, saya harap golongan seniman akan mendapat manfaat, termasuk bantuan mediasi jika berdepan isu kontrak atau pertikaian,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Seniman 2026 di Ampang, hari ini.

Menurut beliau, inisiatif itu turut disokong melalui penglibatan Jabatan Bantuan Guaman Malaysia yang menyediakan perkhidmatan mediasi bagi kes bernilai di bawah RM250,000, sekali gus membantu mengurangkan kos guaman yang sering menjadi beban kepada penggiat industri.

Industri kreatif tempatan sebelum ini sering berdepan cabaran struktur, termasuk isu pembayaran tertangguh, kontrak tidak telus serta kekurangan perlindungan undang-undang.

Situasi ini menyebabkan sebahagian karyawan terdedah kepada risiko kewangan serius, termasuk muflis.

Dalam perkembangan sama, Fahmi turut mengumumkan beberapa langkah bagi merancakkan industri, antaranya peruntukan RM300 juta untuk Insentif Penggambaran Filem di Malaysia (FIMI) bagi tempoh lima tahun akan datang, bertujuan menarik lebih banyak produksi antarabangsa dan membuka peluang pekerjaan kepada tenaga tempatan.

Selain itu, kerajaan melancarkan Dana Citra bernilai RM10 juta bagi menyokong pembangunan kandungan beridentiti nasional merangkumi filem cereka, dokumentari dan filem pendek.

Fahmi turut menekankan keperluan meneliti aspek hak cipta susulan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan.

“Hak cipta perlu diperkukuh kerana teknologi kini mampu menghasilkan kandungan yang menyerupai individu sebenar, termasuk suara dan pergerakan,” katanya.

Pada masa sama, FINAS sedang memperhalusi pindaan Dasar Filem Negara sebagai pelan jangka panjang untuk tempoh 10 tahun, dengan matlamat menjadikan Malaysia hab kandungan kreatif yang lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5.3 peratus pada suku pertama 2026
7 jam lalu· Isu semasa
MCMC ambil tindakan pantas tangani berita palsu krisis tenaga: Fahmi
April 16, 2026· Isu semasa
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
April 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
April 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
7 jam lalu · Isu semasa
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
7 jam lalu · Isu semasa
Inflasi Malaysia naik 1.7 peratus pada Mac: DOSM
7 jam lalu · Isu semasa
Kapal minyak Malaysia hampiri perairan negara dari Selat Hormuz: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok