Malaysia mempelbagaikan sumber minyak.
Kerajaan menegaskan penghantaran diesel ke Filipina yang tular sebelum ini bukan berasal daripada sumber petroleum Malaysia, sekali gus menepis kekeliruan yang berlegar dalam kalangan rakyat.
Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata, sebanyak kira-kira 329,000 tong atau 52.3 juta liter diesel yang dilaporkan dihantar ke negara itu bukanlah minyak yang digali dari telaga tempatan.
“Minyak yang sampai ke Filipina itu bukan minyak dari perut bumi Malaysia. Disahkan,” katanya semasa sidang media hari ini.
Isu berkenaan menjadi perhatian ketika negara berdepan tekanan kos tenaga susulan ketidaktentuan pasaran global yang dipengaruhi konflik di Asia Barat.
Dalam situasi ini, sebarang laporan mengenai eksport bahan api mudah mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap bekalan domestik.
Laporan media Filipina sebelum ini menyebut penghantaran diesel dari Malaysia bertujuan menambah stok bahan api negara itu, sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh keselamatan tenaga.
Ia turut dikaitkan dengan penghantaran terdahulu dari Jepun pada akhir Mac.
Namun, Fahmi menjelaskan dakwaan kerajaan Malaysia mengeksport diesel tersebut adalah tidak tepat.
Menurutnya, kekeliruan timbul akibat salah faham berkaitan pergerakan kapal di perairan Johor, yang sering menjadi laluan utama perdagangan minyak serantau.
Beliau menambah, bekalan diesel itu tidak diproses oleh Petronas atau mana-mana syarikat tempatan.
Sebaliknya, ia dimiliki dan dijual oleh syarikat perdagangan minyak berpangkalan di Singapura, Vitol.
“Penjelasan daripada Petronas dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara mengesahkan minyak itu bukan milik Malaysia,” katanya lagi.
Malaysia merupakan antara hab penting perdagangan minyak di Asia Tenggara, khususnya di kawasan Selat Melaka dan Johor, yang menyaksikan aktiviti pemindahan kargo antara kapal secara kerap.
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
Dana Inovasi Media 2.0 perkasa industri media berdepan cabaran digital: Teo Nie Ching
Lebih 724,000 kandungan judi dalam talian diturunkan MCMC: Teo Nie Ching
MCMC siasat akaun Facebook hina Sultan Selangor
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum