MCMC ambil tindakan pantas tangani berita palsu krisis tenaga: Fahmi

April 16, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global telah berjaya diturunkan setakat ini, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Langkah itu dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan dalam mengekang penularan maklumat tidak sahih berhubung krisis tenaga yang boleh mencetuskan panik awam.

Beliau menjelaskan jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 450 kandungan yang dikenal pasti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak 29 Mac lalu hingga pagi ini.

“Setakat ini kadar penurunan mencapai 66 peratus. Baki kandungan masih dalam proses tindakan kerana ada yang memerlukan masa di peringkat platform,” katanya kepada pemberita selepas himpunan bulanan Kementerian Komunikasi hari ini.

Menurut Fahmi, isu berkaitan Selat Hormuz antara yang paling banyak disalah lapor, dengan 147 kandungan dikenal pasti dan 122 daripadanya sudah diturunkan.

Beliau turut mendedahkan Facebook mencatat jumlah tertinggi penyebaran maklumat palsu dengan 180 kandungan, diikuti TikTok sebanyak 134 kandungan.

“Kita juga melihat peningkatan di Threads, berkemungkinan kerana akaun pengguna yang saling berkait dengan Facebook dan Instagram, menjadikan pembukaan akaun baharu lebih mudah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 57 kertas siasatan telah dibuka setakat ini.

“Satu kes sudah mendapat keputusan untuk didakwa dalam masa terdekat, manakala lima kes lagi diberi arahan kompaun,” ujar beliau.

Krisis tenaga global yang berpunca daripada ketegangan geopolitik dan gangguan bekalan minyak sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.

Keadaan ini membuka ruang kepada penyebaran maklumat palsu yang boleh mengelirukan orang ramai, terutama berkaitan harga bahan api dan kestabilan bekalan tenaga.

Kerajaan menegaskan akan terus bekerjasama dengan platform digital bagi memastikan kandungan berunsur palsu ditangani segera.

Fahmi mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat.

“Semak dahulu kesahihan sebelum sebarkan. Kita semua ada tanggungjawab untuk memastikan maklumat yang dikongsi adalah tepat,” katanya.

Berita berkaitan
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
14 jam lalu· Politik
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
14 jam lalu· Isu semasa
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
14 jam lalu· Isu semasa
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
15 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
15 jam lalu · Isu semasa
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
June 12, 2026 · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok