Krisis tenaga: Sultan Nazrin bertitah gesa seluruh rakyat bersatu

April 14, 2026 · Isu semasa

Negara perlu bersiap siaga menghadapi kesan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan kerajaan dan rakyat diseru untuk bertindak secara bersatu dan berstrategi.

Sultan Nazrin Shah bertitah konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran bukan sekadar persaingan geopolitik, sebaliknya memberi kesan meluas terhadap kestabilan serantau, ekonomi dunia serta kesejahteraan sejagat.

Baginda menyifatkan situasi ini sebagai “loceng amaran” yang menuntut tindakan segera dan menyeluruh.

“Kekuatan ekonomi domestik mesti diperkukuhkan, keselamatan makanan dipastikan, kestabilan kewangan dijaga dan perpaduan rakyat dipelihara supaya negara tidak mudah terpengaruh dengan sentimen dan sensasi,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

Menurut baginda, rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengamalkan sikap berjimat cermat serta mengurangkan penggunaan bahan api bagi membantu mengurangkan beban subsidi kerajaan.

“Rakyat perlu menghayati semangat ‘berat sama dipikul’, ‘gunung sama didaki’ dalam menghadapi cabaran ini,” titah baginda.

Pada masa sama, baginda menegaskan kepentingan komunikasi yang jelas dan berkesan supaya rakyat memahami punca serta kesan krisis terhadap kehidupan harian mereka.

Baginda juga mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil kesempatan terhadap situasi semasa untuk kepentingan politik sempit.

“Kerajaan dan pembangkang, bersama pemimpin masyarakat dan sektor swasta, hendaklah mencari titik persamaan dan bekerjasama menangani krisis ekonomi yang bakal melanda,” titah baginda.

Mengulas langkah jangka panjang, baginda menekankan keperluan mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidro, serta menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik.

“Pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan strategik,” titah baginda.

Dari sudut ekonomi, baginda menjelaskan konflik berpotensi memberi kesan besar kepada Malaysia, termasuk kenaikan kos logistik, tekanan inflasi dan ketidaktentuan pasaran.

“Tiada satu pun negara dapat terlepas daripada tempiasnya,” titah baginda, sambil menambah tempoh konflik akan menentukan sejauh mana impaknya terhadap ekonomi negara.

Krisis ini, menurut baginda, menuntut kesiapsiagaan menyeluruh agar negara kekal berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Berita berkaitan
Bekalan minyak negara stabil hingga Julai: Akmal Nasrullah
22 jam lalu· Isu semasa
Malaysia gesa perjanjian damai AS-Iran dipercepat: PMX
May 24, 2026· Isu semasa
PKR tak goyah dengan tindakan Rafizi dan Nik Nazmi: Kamil
May 23, 2026· Politik
Samsuri hanya boneka Hadi dalam PN, tiada kuasa sebenar: Amanah
May 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
BDR penjawat awam berjaya jimat lebih RM4 juta subsidi petrol
May 26, 2026 · Isu semasa
Pelaksanaan pasport baharu ditunda: JIM
May 26, 2026 · Isu semasa
Kes suapan konsesi Menara KL ribu dipindah ke Mahkamah Tinggi
May 26, 2026 · Isu semasa
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
22 jam lalu · Isu semasa
JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok