Kapal minyak Malaysia hampiri perairan negara dari Selat Hormuz: PMX

April 17, 2026 · Isu semasa

Sebuah kapal Malaysia yang membawa bahan api dari Selat Hormuz kini dilaporkan hampir memasuki perairan negara, ketika kerajaan terus memantau pergerakan beberapa lagi kapal di laluan strategik itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, daripada tujuh kapal yang mendapat kelulusan untuk melalui selat tersebut, dua daripadanya telah berjaya melepasi laluan berkenaan.

“Satu dah sampai, satu hampir sampai dan masuk dalam perairan Malaysia. Yang lain kita masih pantau walaupun sudah melepasi kawasan itu,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Cyberjaya.

Menurut beliau, sebuah kapal lagi mengalami kerosakan teknikal dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di kawasan tersebut, sekali gus menimbulkan sedikit gangguan kepada operasi keseluruhan.

Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak dunia, menghubungkan negara-negara pengeluar utama di Timur Tengah dengan pasaran global.

Ketegangan geopolitik di kawasan itu sering memberi kesan langsung kepada bekalan tenaga antarabangsa, termasuk Malaysia yang bergantung kepada kestabilan laluan tersebut.

Mengulas dakwaan bahawa Malaysia merancang menjual minyak kepada negara lain, Anwar menegaskan keutamaan kerajaan adalah memenuhi keperluan domestik.

“Kita tidak mampu bekalkan diesel kepada pihak luar kerana keutamaan adalah kepada rakyat. Jika ada lebihan, barulah kita pertimbangkan,” jelasnya.

Beliau turut menerangkan hubungan perdagangan Malaysia dengan negara rakan adalah berasaskan keperluan bersama.

Sebagai contoh, Malaysia memerlukan fosfat dari Australia, manakala negara itu pula memerlukan bekalan urea dari Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar memaklumkan beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Australia mengenai keperluan strategik kedua-dua negara.

Selain itu, Presiden Perancis Emmanuel Macron, turut menghubungi beliau bagi mengajak Malaysia menyertai sidang khas bersama United Kingdom berhubung isu keselamatan di Selat Hormuz.

Malaysia bagaimanapun akan diwakili oleh Menteri Luar dalam sidang tersebut.

“Kita menyokong kebebasan laluan perairan antarabangsa, tetapi pada masa sama mengambil kira hak semua pihak termasuk Iran serta kebimbangan terhadap tindakan pihak lain,” katanya.

Berita berkaitan
Sistem cukai mesti adil, golongan kaya tidak boleh terlepas: PMX
6 jam lalu· Isu semasa
Anwar beri amaran risiko serangan siber terhadap Malaysia
8 jam lalu· Isu semasa
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
November 1, 2026· Politik
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
November 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media 2.0 perkasa industri media berdepan cabaran digital: Teo Nie Ching
2 jam lalu · Isu semasa
Lebih 724,000 kandungan judi dalam talian diturunkan MCMC: Teo Nie Ching
5 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat akaun Facebook hina Sultan Selangor
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok