Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000

April 17, 2026 · Isu semasa

Seorang bekas pemandu bas ekspres bersama kekasihnya dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret Jasin selepas mengaku bersalah memandu secara berbahaya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), baru-baru ini.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Arif Fahmi Abd Salam, 36, manakala Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21, dipenjara enam bulan.

Kedua-duanya turut dikenakan denda RM5,000 setiap seorang.

Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara tambahan dua bulan jika gagal membayar denda serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa memandu sebuah bas dengan cara berbahaya kepada orang awam di susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bemban kira-kira jam 7.30 malam, 12 April lalu.

Kes tersebut mencetuskan perhatian ramai selepas video memaparkan aksi wanita itu duduk di riba pemandu ketika kenderaan sedang bergerak menjadi tular di media sosial.

Pendakwaan memaklumkan tindakan mereka bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengancam keselamatan 27 penumpang dalam bas berkenaan.

“Perbuatan tertuduh jelas membahayakan nyawa orang awam dan tidak boleh dipandang ringan,” kata Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asri Abd Rahman Sidik ketika memohon hukuman setimpal.

Siasatan turut mendapati lesen memandu Arif Fahmi telah tamat tempoh sebelum kejadian, menambahkan lagi keseriusan kes tersebut.

Pasangan berkenaan yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama mereka.

Namun mahkamah menegaskan faktor keselamatan awam perlu diutamakan sebelum menjatuhkan hukuman.

Dalam perkembangan sama, Nur Adila Najwa turut didenda RM100 selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang wanita pada hari dan lokasi kejadian yang sama.

Berita berkaitan
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
October 30, 2026· Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
October 29, 2026· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
October 28, 2026· Politik
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
November 2, 2026 · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
November 2, 2026 · Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
4 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok