Sim Kui Hian.
Timbalan Premier Sarawak Sim Kui Hian, menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menunjukkan pembangkang masih boleh berfungsi tanpa kehadiran DAP, sekali gus mengulangi gesaan agar parti itu disingkirkan sepenuhnya pada PRN Sarawak akan datang.
Menurut beliau yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, keadaan di Sabah membuktikan kewujudan pembangkang tidak bergantung kepada DAP.
“Sabah ada wakil pembangkang, cuma DAP tidak termasuk dalam kalangan mereka,” katanya seperti dipetik laporan media tempatan.
Pada PRN Sabah baru-baru ini, DAP gagal memenangi sebarang kerusi apabila semua lapan calonnya tewas, termasuk kehilangan enam kawasan yang sebelum ini dianggap kubu kuat.
Situasi itu menyaksikan parti tersebut tidak lagi mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Parti Warisan kini membentuk blok pembangkang utama di negeri berkenaan.
Kui Hian sebelum ini turut menggesa pengundi di Sarawak supaya tidak memberikan sebarang kerusi kepada DAP dalam PRN akan datang, dengan alasan kestabilan politik negeri perlu diutamakan.
Namun, kenyataan itu mendapat reaksi balas daripada Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii, yang menyifatkan ketiadaan pembangkang sebagai sesuatu yang tidak sihat untuk demokrasi.
“Sarawak tidak boleh kembali ke zaman kerajaan negeri mempunyai kuasa tanpa semak dan imbang yang sewajarnya,” katanya.
Ketika ini, DAP Sarawak hanya memegang dua kerusi DUN, iaitu Pending yang diwakili Violet Yong dan Padungan oleh Chong Chieng Jen.
Penggal semasa DUN Sarawak dijadual berakhir pada Februari tahun depan, melainkan pembubaran awal dilakukan.
Mengikut peraturan, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran, selewat-lewatnya menjelang April.
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan