Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.
Aminuddin Harun menegaskan tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini walaupun berdepan krisis politik susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengakui terkejut dengan perkembangan tersebut, namun menegaskan tiada sebarang cadangan rasmi daripada mana-mana pihak yang menggesa pembubaran DUN.
“Buat masa ini belum ada pandangan seperti itu yang mencadangkan pembubaran,” katanya dalam sidang media di kediaman rasminya, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Aminuddin memaklumkan telah menghadap Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi mempersembahkan kedudukan semasa sokongan ADUN terhadap pentadbirannya.
Menurutnya, baginda menitahkan supaya kerajaan negeri terus berfungsi seperti biasa sehingga ada keputusan yang lebih jelas.
“Kita akan jalankan pentadbiran kerajaan sedia ada sehingga ada keputusan muktamad. Saya akan teruskan tugas sebagai Menteri Besar,” katanya.
Susulan kehilangan sokongan majoriti, pentadbiran negeri kini dijangka beroperasi sebagai kerajaan minoriti.
Aminuddin bagaimanapun memberi jaminan urusan pentadbiran tidak akan terjejas pada masa terdekat.
Beliau juga berkata tiada perancangan segera untuk bertemu ADUN BN bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
Sidang media tersebut turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan beliau.
Negeri Sembilan sebelum ini ditadbir oleh gabungan PH dengan sokongan BN, mencerminkan kerjasama politik pasca pilihan raya yang membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar