Malaysia kekal terbuka terima pelabur, tapi kedaulatan diutamakan: Anwar

April 27, 2026 · Isu semasa

Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus menarik pelaburan global, namun tidak akan berkompromi dalam soal kedaulatan undang-undang dan kepentingan negara, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, negara bersedia bekerjasama dengan pelabur dari Timur dan Barat selagi mereka menghormati peraturan serta keutamaan nasional.

“Malaysia terbuka kepada pelaburan, tetapi keputusan penting negara tidak akan diserahkan kepada mana-mana pihak luar,” katanya ketika merasmikan Pusat Inovasi dan Makmal AI oleh Huawei.

Menurut Anwar, pendirian itu penting dalam usaha Malaysia memperkukuh kedudukan dalam persaingan teknologi global yang semakin sengit.

Negara kini memberi fokus kepada transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi.

“Penguasaan teknologi baharu mesti dilaksanakan dengan pantas dan berfokus supaya kita tidak ketinggalan,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan kemajuan teknologi tidak boleh melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar.

Katanya, pembangunan AI perlu bersifat inklusif dengan memastikan akses saksama kepada semua lapisan masyarakat.

“Teknologi tidak boleh menyebabkan kita kehilangan nilai kemanusiaan dan harga diri,” tegasnya.

Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini giat menarik pelaburan teknologi tinggi, termasuk dalam bidang AI dan ekonomi digital, selaras dengan aspirasi menjadi hab inovasi serantau.

Penubuhan Pejabat AI Kebangsaan dan pembangunan rangka kerja tadbir urus data adalah antara langkah awal kerajaan untuk memastikan pertumbuhan sektor ini lebih tersusun dan selamat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata AI kini mengubah pelbagai sektor termasuk pengeluaran, kewangan dan proses membuat keputusan, namun turut membawa risiko keselamatan terhadap sistem dan infrastruktur.

Sehubungan itu, beliau menekankan keperluan membina keupayaan tempatan agar Malaysia tidak hanya menjadi pengguna teknologi. “Kita mahu berdiri setanding dan bersaing dengan yakin dalam ekonomi digital global,” katanya.

Beliau turut menyeru generasi muda agar bersedia menghadapi era baharu ini dengan bijaksana, sambil mengingatkan bahawa masa depan teknologi bergantung kepada nilai dan pilihan manusia.

Berita berkaitan
Sistem cukai mesti adil, golongan kaya tidak boleh terlepas: PMX
2 jam lalu· Isu semasa
Anwar beri amaran risiko serangan siber terhadap Malaysia
4 jam lalu· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
November 2, 2026· Isu semasa
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
November 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 724,000 kandungan judi dalam talian diturunkan MCMC: Teo Nie Ching
November 3, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat akaun Facebook hina Sultan Selangor
November 3, 2026 · Isu semasa
Malaysia tiada komitmen ekstradisi Zakir Naik ke India: Saifuddin
4 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
23 jam lalu · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok