Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif

April 30, 2026 · Isu semasa

Usaha kerajaan untuk mengetatkan kawalan umur pengguna media sosial kini berada di peringkat akhir apabila sesi libat urus bersama platform-platform utama hampir selesai.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan perbincangan sejak awal tahun dengan pelbagai platform media sosial serta pihak berkaitan, termasuk MyDigital ID, bagi melaksanakan sistem pengesahan identiti pengguna atau eKYC.

“Hasratnya adalah proses verifikasi akan manfaatkan MyKad, pasport dan juga MyDigital ID bagi tujuan pengesahan umur,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu program kementerian di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan merancang untuk mengehadkan pembukaan akaun baharu hanya kepada individu berumur 16 tahun ke atas, manakala golongan di bawah umur itu tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial.

Fahmi menjelaskan maklum balas daripada syarikat media sosial setakat ini adalah positif, dengan beberapa platform sudah mempunyai sistem pengesahan identiti sendiri.

“Kita nampak ada platform yang sangat ke depan seperti Bigo yang sejak awal menggunakan mekanisme pengesahan identiti,” katanya.

Beliau turut mendedahkan terdapat minat daripada penyedia perkhidmatan eKYC antarabangsa untuk bekerjasama, termasuk cadangan menggunakan teknologi yang telah dilaksanakan di negara lain seperti Australia.

Langkah ini selaras dengan sasaran kerajaan untuk memastikan pelaksanaan eKYC dapat dilakukan menjelang akhir suku kedua tahun 2026.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan cadangan menghadkan umur penggunaan media sosial perlu dilihat secara menyeluruh dengan penglibatan semua pihak, termasuk ibu bapa dan penyedia platform.

Dalam perkembangan lain, Fahmi turut menekankan kepentingan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

“Budaya membaca sangat penting dalam membentuk minda, bukan sahaja untuk menimba ilmu, tetapi memberi satu kesempatan membentuk pemikiran yang lebih positif,” ujarnya.

Beliau turut melancarkan inisiatif Tabung Buku bagi menggalakkan sumbangan bahan bacaan kepada komuniti yang memerlukan, sebagai sebahagian usaha membina masyarakat berilmu dan berfikiran kritis.

Berita berkaitan
Derma palsu guna visual AI, orang ramai diminta berwaspada
November 2, 2026· Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
November 1, 2026· Isu semasa
Isu aplikasi TuJu: Fahmi minta LLM tidak lepas tangan, ambil tanggungjawab
October 31, 2026· Isu semasa
Hari Kurier Negara: MCMC lancar inisiatif bendung scam bungkusan
October 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sistem cukai mesti adil, golongan kaya tidak boleh terlepas: PMX
1 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tiada komitmen ekstradisi Zakir Naik ke India: Saifuddin
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar beri amaran risiko serangan siber terhadap Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
22 jam lalu · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok