Kemelut politik Negeri Sembilan.
Cadangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun bakal mencetuskan polemik baharu, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri itu yang menyifatkannya sebagai cubaan menggugat kestabilan politik.
Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar mengecam tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Jalaluddin Alias yang mendesak Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dipanggil bagi tujuan tersebut.
Menurut beliau, langkah itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah dilihat sebagai usaha tersusun untuk merampas kuasa melalui jalan belakang.
“Walaupun berselindung di sebalik alasan perundangan, hakikatnya ini adalah gerakan politik oportunis yang langsung tidak menghormati semangat Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau turut menegaskan tindakan itu bercanggah dengan titah Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang sebelum ini memperkenankan Aminuddin untuk terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
“Lebih memalukan, kenyataan ini juga bertentangan dengan pendirian rasmi Asyraf Wajdi Dusuki yang menegaskan sokongan berterusan terhadap Kerajaan Perpaduan,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Hamizan berkata situasi tersebut mencerminkan ketidakselarasan dalam kepimpinan UMNO Negeri Sembilan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kejujuran dan hala tuju parti itu di peringkat negeri.
Beliau turut mendakwa terdapat gerakan tersusun melibatkan UMNO dan Perikatan Nasional (PN) bagi meraih kuasa tanpa mandat rakyat.
“Ini bukan lagi sekadar ‘tebuk atap’, tetapi cubaan ‘tebuk kapal’ yang boleh menenggelamkan kestabilan politik negeri,” katanya.
Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dengan gabungan beberapa parti utama bagi memastikan kestabilan politik negara.
Di Negeri Sembilan, pentadbiran diterajui oleh Aminuddin sejak 2018 dan terus memegang jawatan itu selepas pilihan raya negeri lalu.
AMK Negeri Sembilan menegaskan sebarang usaha memanggil Sidang DUN atas dasar kepentingan politik sempit tidak wajar dilayan kerana berpotensi menjejaskan kestabilan dan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negeri.
Proses ambil keterangan Rafizi bersambung lagi pada hari ketiga: SPRM
PH-UMNO bertemu petang ini rungkai kemelut Negeri Sembilan: Saifuddin Nasution
UMNO sedia bertanding solo PRN Johor: UMNO Pasir Gudang
UMNO kekal bersama kerajaan Negeri Sembilan, tak jadi pembangkang: Zahid
PH dan UMNO bertemu malam ini bincang isu MB Negeri Sembilan: Laporan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan