Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO tidak pernah membuat keputusan untuk menjadi pembangkang di Negeri Sembilan, sebaliknya kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan sedia ada.
Menurut Presiden UMNO itu, kenyataan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sebelum ini yang dilihat cenderung ke arah pembangkang hanyalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi parti.
“Kita tak ada niat untuk jadi pembangkang, itu hanya sebuah kenyataan saja. UMNO di peringkat pusat sudah memutuskan bahawa ADUN di Negeri Sembilan tetap menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan,” katanya selepas menghadiri program di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Isu kedudukan UMNO di Negeri Sembilan timbul susulan spekulasi politik negeri itu yang kembali hangat selepas beberapa kenyataan terbuka daripada wakil rakyat parti berkenaan.
Namun, kepimpinan pusat dilihat mahu memastikan kestabilan politik terus terpelihara dalam kerangka Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas pilihan raya lalu.
Mengulas kemungkinan UMNO mencadangkan calon Menteri Besar baharu, Ahmad Zahid berkata perkara itu belum dibincangkan.
“Belum ada perbincangan mengenai perkara tersebut,” jelasnya ringkas.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung mesyuarat perundingan antara Pakatan Harapan dan UMNO yang berlangsung malam ini.
“Nantilah kita keluarkan kenyataan. Biarlah Setiausaha Agung UMNO dan PH yang mengumumkannya,” katanya.
Mesyuarat tersebut dijangka menyentuh persiapan menghadapi pilihan raya negeri serta hala tuju kerjasama politik antara kedua-dua gabungan.
Menyentuh soal pilihan raya akan datang, beliau berkata semua parti kini dalam keadaan bersedia.
“Apabila mandat diserahkan kepada rakyat semula, mereka harus memilih kombinasi gabungan parti politik yang terbaik,” katanya, sambil menambah masih terlalu awal untuk menentukan bentuk kerjasama yang akan dimuktamadkan.
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar