Subsidi bahan api cecah RM5 bilion sebulan ekoran krisis global

May 4, 2026 · Isu semasa

Kerajaan kini menanggung subsidi bahan api sekitar RM5 bilion sebulan, dengan angka itu boleh meningkat melebihi RM6 bilion sekiranya harga minyak global terus melonjak, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding kira-kira RM700 juta pada awal tahun, sekali gus memberi tekanan besar kepada kedudukan fiskal negara.

“Kalau sekarang RM5 bilion sebulan, bayangkan dalam tempoh 10 bulan sudah mencecah RM50 bilion daripada dana kerajaan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam di Putrajaya.

Anwar menjelaskan masih ramai yang tidak memahami beban sebenar subsidi ditanggung kerajaan.

“Ada yang tanya kenapa kos naik, kenapa harga minyak tidak turun. Mereka tidak nampak bahawa kerajaan masih menampung subsidi besar,” katanya.

Malaysia ketika ini merupakan antara negara dengan harga bahan api paling rendah di dunia, apabila RON95 kekal pada harga RM1.99 seliter hasil subsidi kerajaan.

Namun, peningkatan mendadak kos subsidi dalam tempoh singkat menunjukkan tekanan sebenar terhadap kewangan negara.

“Pada awalnya kita fikir boleh tampung, tetapi untuk jangka panjang, dana sedia ada tidak mampu bertahan berbulan-bulan,” katanya lagi.

Sebagai langkah menangani situasi tersebut, kerajaan telah melaksanakan penyelarasan subsidi termasuk bagi diesel, dengan tujuan mengurangkan ketirisan serta membendung aktiviti penyeludupan bahan api yang masih berlaku.

Pada masa sama, beliau menegaskan penilaian terhadap isu kenaikan harga perlu dibuat secara menyeluruh.

“Memang betul harga naik, memang ada masalah. Tetapi kita perlu adil dalam melihat keseluruhan keadaan, termasuk subsidi yang masih ditanggung kerajaan,” katanya.

Isu subsidi bahan api menjadi antara cabaran utama kerajaan ketika ekonomi global berdepan ketidaktentuan, terutama akibat turun naik harga minyak dunia serta tekanan inflasi yang turut memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

Berita berkaitan
Kerajaan Negeri Sembilan kekal stabil, tiada sebarang perubahan: Fahmi
10 jam lalu· Politik
PMX ketuai delegasi negara ke Sidang ASEAN di Cebu esok
11 jam lalu· Isu semasa
Krisis dalaman USNO: Enam ahli digantung, termasuk timbalan presiden
14 jam lalu· Politik
Farhash nafi dakwaan wang haram, buat laporan polis
15 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
RTM dan Unifi TV dipilih penyiar rasmi Piala Dunia 2026: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
SPRM syor dakwa dua individu kes pelaburan RM1.1 bilion
11 jam lalu · Isu semasa
Jurukimpal rogol anak tiri di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 33 tahun, 32 sebatan
12 jam lalu · Isu semasa
Lukisan ratusan juta dikaitkan dana 1MDB dijangka dibawa pulang hujung tahun
12 jam lalu · Isu semasa
Kes terowong: Mahkamah terima permohonan Guan Eng buang perkataan ‘menerima
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok