Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis atas suspek pemilikan dadah telah dipindahkan secara pentadbiran ke Jabatan Peguam Negara buat sementara waktu.
Tindakan ini diambil bagi menunggu keputusan penuh siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Peguam Negara (AG), Mohd Dusuki Mokhtar, mengesahkan perkara itu dan menegaskan langkah tersebut adalah untuk memastikan integriti perkhidmatan undang-undang tidak terjejas sementara siasatan masih dijalankan.
“Kita perlu lihat bagaimana hasil siasatan terhadap dakwaan pemilikan dadah dan sebagainya. Sementara ini, dia dipindahkan ke pejabat Jabatan Peguam Negara,” katanya dipetik laporan media.
Beliau turut menjelaskan pegawai terbabit kini ditempatkan di jabatan tersebut tanpa diberikan sebarang tugas atau tanggungjawab khusus buat masa ini.
“Penempatan ini bukan bermaksud keputusan tatatertib, tetapi perlu tunggu contohnya ujian air kencing dia dahulu. Kita tunggu hasil siasatan untuk tindakan lanjut,” tambah Mohd Dusuki.
Sebelum ini, SPRM mengesahkan bahawa pegawai mereka telah ditahan oleh polis selepas pemeriksaan di kediamannya menemui bahan terlarang yang disyaki dadah.
SPRM memberi jaminan mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan polis dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku atau pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh mana-mana pegawai.
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
PMX temui Mufti Besar India, fokus usaha perkukuh keharmonian agama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum