Jabatan Peguam Negara (AGC).
Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan kerajaan bertanggungjawab atas kehilangan aktivis Amri Che Mat dan paderi Raymond Koh.
Tindakan itu diambil selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Su Tiang Joo, memutuskan semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan perlu dipertanggungjawabkan dalam kes kehilangan kedua-dua individu itu.
“Setelah meneliti dan mempertimbangkan keputusan Mahkamah Tinggi, jabatan ini akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut,” kata AGC dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Amri dilaporkan hilang pada 24 November 2016, manakala Koh pula hilang pada 13 Februari 2017.
Keputusan mahkamah semalam mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi berjumlah RM3,264,457.52 kepada Norhayati Mohd Ariffin, isteri Amri, disamping arahan untuk PDRM membuka semula siasatan kes tersebut.
Bagi kes Koh, mahkamah turut memerintahkan kerajaan dan PDRM membayar ganti rugi bernilai lebih RM37 juta kepada isterinya, Susanna Liew.
Perintah itu termasuk ganti rugi RM10,000 sehari bermula dari tarikh beliau diculik sehingga pihak berkuasa mendedahkan keberadaannya.
Keputusan mahkamah tersebut dibuat selepas membenarkan saman yang difailkan oleh Norhayati dan Liew terhadap kerajaan dan polis berhubung kehilangan suami mereka.
Dengan rayuan terbaharu ini, perjalanan kes undang-undang bagi menuntut keadilan buat Amri dan Koh diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi.
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri