Kes culik pasangan Singapura: Enam individu didakwa di mahkamah

August 21, 2026 · Isu semasa

Enam individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menculik, menyamun, mengurung serta mencederakan sepasang kekasih warga Singapura awal bulan ini.

Kesemua tertuduh, M. Balamurugan, 46; K. Sarawanan, 40; P. Sri Devi, 41; G. Puganeswaran, 41; S. Gobinath, 38; dan X. Adwin Nicholas, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di beberapa prosiding berasingan.

Di hadapan Hakim Nor Aziati Jaafar, keenam-enam tertuduh didakwa bersama-sama menculik seorang lelaki warga Singapura bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak SGD20,000 (RM63,703.64).

Kesalahan itu didakwa berlaku di hadapan sebuah gereja di Jalan Orkid 36, Taman Sri Orkid, Skudai kira-kira jam 2 petang pada 8 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 40 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding di hadapan Majistret A. Shaarmini pula, keenam-enam tertuduh didakwa melarikan seorang wanita Singapura, Zaylen Zayraelle Xie Manting, dengan niat menyebabkan mangsa dikurung secara rahsia dan salah.

Perbuatan itu didakwa berlaku di Pangsapuri Skudai Villa, Jalan Aman, Taman Skudai Baru, Skudai, antara jam 2 petang pada 8 Ogos hingga 11 Ogos lalu serta di beberapa lokasi sekitar daerah Johor Bahru.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Dalam satu lagi prosiding di hadapan Hakim Madihah Zainol, Balamurugan, Sarawanan dan Gobinath turut didakwa melakukan samun berkumpulan membabitkan seutas rantai leher emas dan jam tangan Rolex di dalam sebuah kereta di daerah Johor Bahru pada 8 Ogos lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan terhadap Sri Devi, Adwin Nicholas dan Puganeswaran sebanyak RM60,000 setiap seorang, manakala Balamurugan, Sarawanan dan Gobinath masing-masing RM69,000 dengan penjamin tempatan.

Mahkamah turut melarang tertuduh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, selain diwajibkan melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 September depan.

Dalam prosiding berasingan, Sarawanan dan Puganeswaran masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku salah mencederakan mangsa lelaki menggunakan sebilah pisau.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Taman Skudai Baru antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari pada 11 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Deana Aqilah Aliman, R. Nevina dan Eizlan Azhar.

Kes penculikan itu mendapat perhatian selepas pasangan warga Singapura didakwa menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di beberapa lokasi sekitar Skudai dan Johor Bahru pada awal bulan ini.

Berita berkaitan
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
October 24, 2026· Isu semasa
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026· Politik
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
October 23, 2026· Isu semasa
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
October 25, 2026 · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
2 jam lalu · Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
16 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok