AGC tutup siasatan berhubung dakwaan wujud campur tangan PM dalam SPRM

November 5, 2025 · Politik

Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menutup kes berhubung laporan polis terhadap artikel Bloomberg tahun lalu yang mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, mengesahkan AGC telah mengklasifikasikan kes itu sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA) memandangkan “tiada keterangan yang mencukupi” untuk meneruskan pendakwaan.

“Walau bagaimanapun, kes jenayah, tidak seperti kes sivil, tidak tertakluk kepada had tempoh masa.

“Oleh itu, sekiranya terdapat perkembangan baharu pada masa akan datang, siasatan dan semakan lanjut terhadap kes ini masih boleh dijalankan,” jelas Azalina dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Besut, Che Mohammad Zulkifly Jusoh, yang ingin mengetahui perkembangan terkini siasatan tersebut.

Azalina turut memaklumkan kertas siasatan oleh polis telah dikemukakan kepada AGC untuk pertimbangan selepas SPRM sendiri membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Azalina menekankan isu berkaitan laporan media kini boleh dirujuk kepada Akta Majlis Media Malaysia 2025 yang telah berkuat kuasa.

“Apabila Parlimen telah meluluskan Akta Majlis Media Malaysia 2025 dan telah berkuatkuasa mulai 14 Jun 2025, maka, apa-apa isu berhubung laporan media, termasuk etika kewartawanan, boleh dirujuk kepada majlis ini sebagai badan pemantau yang berperanan memperkukuh profesionalisme dan akauntabiliti media di negara kita,” ujarnya.

Beliau juga mengulangi jaminan kerajaan yang komited mempertahankan hak kebebasan bersuara, namun menegaskan hak tersebut bukanlah mutlak.

Artikel Bloomberg pada September tahun lalu mendakwa adanya campur tangan dalam siasatan SPRM melibatkan beberapa figura politik.

Laporan polis yang dibuat berikutan artikel tersebut turut telah diklasifikasikan sebagai NFA sebelum ini.

 

Berita berkaitan
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
13 jam lalu· Politik
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu· Isu semasa
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
19 jam lalu· Politik
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
14 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
22 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu · Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
22 jam lalu · Politik
DUN Sarawak dijangka bubar November, PRN makin dekat
October 7, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok