Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Kebangsaan ke-69

August 31, 2026 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ucapan itu dizahirkan menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.

“Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia,” titah baginda menerusi hantaran berkenaan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua berangkat tiba di lokasi sambutan pada jam 8 pagi dan disambut Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama isteri, Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Fahmi Fadzil.

Sambutan tahun ini membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, dengan pengisian yang mengetengahkan semangat perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Acara dimulakan dengan istiadat ketenteraan sebelum diteruskan dengan persembahan pentas serta perarakan dan perbarisan berwarna-warni yang menggambarkan aspirasi Malaysia MADANI sebagai sebuah negara yang mengutamakan kesejahteraan rakyat serta menghormati kepelbagaian.

Sebanyak 10,819 peserta mengambil bahagian dalam perarakan dan perbarisan itu menerusi 76 kontinjen, selain 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias serta 328 aset darat, laut dan udara.

Turut memeriahkan sambutan ialah 112 haiwan dalam perkhidmatan, 22 unit aset kenderaan elektrik (EV) dan persembahan grafik manusia di teres.

Sambutan tahun ini turut menarik kehadiran lebih 80,000 pengunjung yang membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyemarakkan suasana Hari Kebangsaan.

Hari Kebangsaan disambut setiap 31 Ogos bagi memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajahan British pada 1957.

Tahun ini genap 69 tahun negara menikmati kemerdekaan, sekali gus menjadi medan untuk rakyat menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan serta memperkukuh semangat perpaduan.

Berita berkaitan
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
10 jam lalu· Isu semasa
Buli siber, kandungan palsu tidak boleh dinormalisasikan: MCMC
October 19, 2026· Isu semasa
Agong tegur budaya menghina di media sosial
October 17, 2026· Isu semasa
Jawatan PM: Pemimpin muda Pejuang pilih Anwar lebih layak berbanding Zahid
October 16, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
7 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
8 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok