Ahli Parlimen Kerajaan gesa elak politikkan isu kes kematian Zara Qairina

August 12, 2025 · Politik

Beberapa Ahli Parlimen (MP) sebelah kerajaan menggesa menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu kematian pelajar sekolah, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, yang didakwa menjadi mangsa buli.

MP Sri Gading (Amanah), Aminolhuda Hassan berkata spekulasi dan retorik politik hanya akan menambahkan kesedihan keluarga mangsa.

“Keluarga Zara sedang melalui saat-saat getir. Janganlah kita memperdalam luka mereka dengan spekulasi dan kenyataan politik yang tidak berasas. Hormatilah perasaan mereka,” kata Aminolhuda semasa sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau ditemani oleh MPPulai, Suhaizan Kaiat; MP Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan; serta MP Shah Alam, Azli Yusof.

Aminolhuda menekankan bahawa keadilan untuk Zara hanya boleh dicapai melalui siasatan yang adil dan bebas daripada campur tangan luar.

Beliau yakin pasukan khas Bukit Aman yang ditugaskan menyiasat kes ini akan melakukan yang terbaik untuk mengungkap kebenaran.

“Kami percaya pasukan penyiasat akan menggunakan segala sumber dan kepakaran untuk memastikan siasatan dilaksanakan dengan telus. Biarlah proses undang-undang berjalan tanpa gangguan,” katanya.

Perkembangan terkini menunjukkan Pasukan Petugas Khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes ini. Langkah ini merupakan salah satu daripada empat permintaan yang dikemukakan oleh peguam keluarga Zara.

Menurut kenyataan Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara, pasukan yang terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota JSJ itu telah dihantar ke Sabah bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh.

Zara Qairina, 13 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya.

Kematiannya mencetuskan kemarahan masyarakat ekoran dakwaan beliau menjadi mangsa buli sebelum kejadian.

Keluarga Zara dan peguam mereka terus mendesak agar siasatan dijalankan dengan telus bagi memastikan keadilan ditegakkan.

Berita berkaitan
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
1 jam lalu· Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
21 jam lalu· Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu· Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
September 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
1 jam lalu · Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
2 jam lalu · Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
2 jam lalu · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
16 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok