Pendirian kerajaan terhadap rasuah tak berubah walaupun Najib diberi pengampunan: PMX

September 18, 2026 · Politik

Keputusan Lembaga Pengampunan berhubung hukuman bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak akan menjejaskan pendirian kerajaan untuk terus mengambil tindakan terhadap kes rasuah dan salah guna kuasa.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, prinsip negara hukum kekal menjadi pegangan kerajaan, termasuk memastikan semua kes rasuah yang masih berjalan diteruskan mengikut proses undang-undang.

Menurutnya, keputusan berkaitan pengampunan adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan dan perlu diterima dengan baik.

“Namun akhirnya, Perlembagaan menetapkan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan saya harap kita terima baik.

“Selain daripada itu, saya nak tegaskan, prinsip negara hukum, keputusan kita mengambil tindakan kepada semua kes rasuah tidak tergugat. Ini tidak bermakna negara harus tunduk kepada amalan penyakau dan rasuah,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Nur Perdana, Presint 10, Putrajaya, hari ini.

Beliau turut menegaskan kes-kes rasuah termasuk yang membabitkan Najib dan masih dalam proses perundangan perlu diteruskan mengikut landasan undang-undang.

Kenyataan itu dibuat selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara hari ini.

Dalam keputusan berkenaan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat termasuk pembayaran denda RM50 juta.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman dalam kes SRC International.

Permohonan pengampunannya sebelum ini ditangguhkan pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-63 pada 11 September lalu.

Keputusan terbaharu turut menetapkan pengampunan bersyarat boleh terbatal sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi, sekali gus memerlukan Najib meneruskan baki hukuman di penjara.

Berita berkaitan
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
3 jam lalu· Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
3 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
21 jam lalu· Politik
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
3 jam lalu · Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026 · Politik
Kuasa pengampunan terhadap Najib ikut Perlembagaan: Azalina
September 19, 2026 · Politik
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026 · Politik
Kes Tabung Haji: Azeez, keluarga diminta isytihar harta kepada SPRM
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok