Dr Muhamad Akmal Saleh.
Dr. Muhamad Akmal Salleh dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berhubung demonstrasi yang diketuainya di hadapan sebuah kedai di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.
Demonstrasi itu diadakan sebagai bantahan terhadap paparan Jalur Gemilang secara terbalik di premis berkenaan.
Ketua Pemuda UMNO itu dijadualkan memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 11 malam ini selepas dihubungi oleh pegawai penyiasat dari Bukit Aman.
“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Jika ini harga yang perlu dibayar demi mempertahankan maruah negara, saya rela dan akan terus berjuang hingga ke akhir,” tegasnya.
Akmal bagaimanapun menegaskan tidak gentar dan tidak akan berundur daripada pendiriannya berhubung isu bendera terbalik.
Semalam, Dr. Akmal dilaporkan mengetuai perarakan yang disertai lebih 300 individu daripada UMNO, Bersatu, dan PAS di Kepala Batas sebagai protes terhadap sebuah kedai perkakasan yang didakwa memasang bendera Malaysia secara terbalik.
Bagaimanapun, demonstrasi itu mencetuskan reaksi pelbagai pihak, termasuk DAP yang mengarahkan sayap pemudanya (DAPSY) di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Dr. Akmal.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata laporan itu dibuat di bawah Seksyen 503 (ugutan jenayah) dan Seksyen 504 (kenyataan menghina dengan niat menimbulkan kekacauan) Kanun Keseksaan.
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum