Akmal sindir MCA selepas buat laporan polis terhadap Pemuda UMNO Terengganu

August 13, 2025 · Politik

Dr Akmal Saleh, mengucapkan penghargaan kepada MCA kerana membuat laporan polis terhadap Pemuda UMNO Terengganu berikutan kesilapan bilangan jalur pada bendera Malaysia dalam poster mereka.

Ketua Pemuda UMNO itu berharap polis akan menyiasat kes tersebut dengan teliti dan mengenakan hukuman setimpal dan pada masa sama mempersoalkan tindakan MCA yang dilihat tidak membuat laporan terhadap seorang peniaga di Pulau Pinang yang didakwa mengibarkan bendera secara terbalik.

“Saya nak tanya MCA, adakah kamu sudah buat laporan polis terhadap apek yang dengan terang-terangan mengibarkan bendera terbalik dan meminta rakaman dibuat?

“Kalau belum, lebih baik kamu buat juga. Jangan sampai kamu dianggap berat sebelah,” katanya.

Beliau juga menggesa perpaduan dalam kalangan orang Melayu, sambil menyatakan kekecewaan terhadap perpecahan yang berlaku hanya kerana perbezaan ideologi politik.

Sebelum ini, Pemuda MCA Jasin, Alor Gajah, dan Hang Tuah Jaya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin (IPD Jasin) berhubung kesilapan bendera Malaysia yang dimuat naik oleh Pemuda UMNO Terengganu di Facebook rasmi mereka.

Ketua Pemuda MCA Melaka, Tee Tian Leng, berkata laporan itu dibuat sebagai sokongan terhadap kenyataan Akmal sendiri yang sebelum ini tegas dalam isu-isu berkaitan penghinaan bendera.

“Kami harap beliau akan menunjukkan ketegasan yang sama terhadap kesilapan dalam parti sendiri dan tidak mengamalkan double standard,” kata Tian Leng.

Beliau menegaskan bahawa Jalur Gemilang harus sentiasa dihormati dan dilindungi oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang politik.

Berita berkaitan
Zahid nafi dititah menghadap Tuanku Muhriz
September 22, 2026· Politik
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
15 jam lalu· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
September 21, 2026· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
September 22, 2026 · Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
September 22, 2026 · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
15 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
15 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok