Albert Tei bukan hero tapi adalah pemberi rasuah, Rafizi dedah pernah cuba didekati

December 4, 2025 · Politik

Rafizi Ramli menyifatkan Albert Tei bukanlah watak hero seperti digambarkan sesetengah pihak, sebaliknya tetap merupakan individu yang terlibat dalam pemberian rasuah.

Bekas menteri ekonomi itu mengaku pernah didekati seseorang yang mendakwa mewakili ahli perniagaan tersebut, namun memilih untuk tidak melayan usaha itu.

Rafizi berkata percubaan itu hanyalah satu lagi episod tipikal dunia politik negara, yang sering diselubungi sogokan dan kepura-puraan.

“Ya, memang ada orang tengah datang bawa mesej kononnya mewakili Albert. Tapi dari awal saya memang tak berminat,” katanya.

“Saya nampak ini cuma satu lagi contoh biasa dalam politik Malaysia. Ada yang bayar, ada yang terima, dan semua pura-pura terkejut bila terbongkar,” tambahnya.

Beliau menolak naratif bahawa Albert Tei sedang mengetengahkan kebenaran, sebaliknya mengingatkan fokus sebenar perlu diberikan kepada mereka yang memegang kuasa.

“Albert tetap pemberi rasuah. Yang lain pula penerima rasuah.

“Bezanya, penerima ini ialah orang yang pegang jawatan awam dan dapat mandat rakyat. Jadi merekalah yang patut dipertanggungjawabkan dahulu,” katanya lagi.

Rafizi turut membidas kecenderungan sesetengah pihak mengangkat Tei sebagai pendedah maklumat yang kononnya bertindak demi kebenaran.

Menurutnya, gambaran sedemikian tidak realistik dan mengelirukan rakyat.

“Rakyat takkan boleh terima kalau akhirnya broker saja yang dihukum, tapi orang yang ambil duit terlepas begitu saja,” ujarnya.

Beliau berkata istilah ‘whistleblower’ tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya bagi individu yang mempunyai kepentingan tersendiri.

“Whistleblower sebenar ialah orang dalam sistem yang dedahkan salah laku tanpa apa-apa kepentingan, sanggup ambil risiko atas dasar prinsip,” katanya.

“Bukan broker yang tersepit sebab duit tauke sudah bergerak,” tambahnya.

Berita berkaitan
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
October 22, 2026· Politik
SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran
October 21, 2026· Isu semasa
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
PMX: Tiada campur tangan dalam siasatan Zetrix AI, FELDA
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
4 jam lalu · Politik
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
6 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
12 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
12 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok