Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi

May 30, 2026 · Isu semasa

Parti Amanah Selangor mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu sekiranya gagal menarik balik serta memohon maaf berhubung dakwaan terhadap Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkaitan isu penternakan babi di negeri itu.

Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Abbas Azmi berkata, parti itu memandang serius kenyataan Liu yang didakwa mengaitkan Izham dengan beberapa keputusan kontroversi membabitkan industri penternakan babi di Selangor.

Menurut Abbas, isu tersebut bukan sekadar melibatkan penternakan semata-mata, tetapi turut berkait dengan kepentingan awam termasuk pencemaran dan penularan wabak African Swine Fever (ASF) yang sebelum ini mencetuskan kebimbangan di beberapa kawasan.

Beliau berkata, campur tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu itu juga menunjukkan perkara tersebut berada pada tahap serius sehingga baginda menitahkan supaya semua aktiviti penternakan babi di Selangor dihentikan.

“Titah Sultan Selangor mengenai isu ini amat bertepatan dengan keadaan semasa. Ia melibatkan kepentingan rakyat dan isu kesihatan awam yang perlu diberi perhatian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kontroversi berhubung ladang babi di Selangor mula menjadi perhatian selepas kerajaan negeri mengarahkan semua ladang babi di Tanjong Sepat dikosongkan dan ditutup sepenuhnya menjelang akhir Jun, sebelum penguatkuasaan dilaksanakan mulai 1 Julai depan.

Keputusan itu dibuat susulan pendirian Sultan Selangor yang tidak berkenan aktiviti penternakan babi diteruskan di mana-mana daerah dalam negeri berkenaan.

Sebelum ini, Izham dilaporkan berkata proses mengosongkan ladang babi di Tanjong Sepat kini hampir selesai dengan kira-kira 11,000 ekor babi masih berada di sekitar 30 ladang yang masih beroperasi.

Menurutnya, ternakan berkenaan belum cukup matang untuk disembelih atau dilupuskan sejak arahan penutupan dikeluarkan Februari lalu.

Bagaimanapun, Liu mendakwa beberapa keputusan berkaitan industri itu berpunca daripada Izham dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, termasuk cadangan menamatkan penternakan babi tempatan serta pemindahan ladang ke Bukit Tagar.

Beliau turut mendakwa Izham sering mengugut penternak dalam mesyuarat tertutup dan tidak mengambil kira pandangan kepimpinan parti.

Malah, Liu mendakwa kontroversi berkenaan boleh menyebabkan Amanah kehilangan sokongan pengundi di Selangor pada pilihan raya akan datang.

Mengulas perkara itu, Abbas menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai melampau dan tidak berasas.

“Ronnie Liu sepatutnya memahami proses pentadbiran kerajaan negeri kerana beliau pernah menjadi anggota Exco Selangor sebelum ini. Namun kini kenyataannya seolah-olah beliau tidak pernah terlibat dalam pentadbiran negeri,” katanya.

Abbas turut meminta Liu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama apabila menyentuh isu yang melibatkan titah Sultan Selangor.

“Amanah Selangor meminta Ronnie Liu menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf.

“Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara itu tidak dilakukan,” katanya.

Berita berkaitan
AMK Selangor: PAS jangan sekadar cakap besar mahu tumbangkan PH
August 17, 2026· Politik
Dakwaan guna TH untuk raih sokongan politik perlu disiasat: Mahfuz
August 15, 2026· Politik
Mat Sabu: Reformasi mesti dibuktikan dengan tindakan
August 15, 2026· Politik
Jual ketakutan kepada orang Melayu, Mahfuz kritik corak politik PAS
August 14, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok