RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah

August 23, 2026 · Politik

“Rasuah tidak berbangsa, keadilan juga tidak berbangsa. Amanah pula tidak mengenal parti.”

Itu penegasan Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar dalam mengulas kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang menurutnya tidak wajar dilihat melalui kerangka kaum dan agama.

Mahfuz berkata, persoalan utama dalam isu itu ialah integriti, tadbir urus dan amanah, bukannya bangsa atau agama individu yang dikaitkan dengan sebarang salah laku.

“Kalau rasuah itu haram, mengapa pesalah perlu dibahagikan mengikut Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam? Rasuah tidak ada bangsa. Rasuah tidak ada agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemberi rasuah, penerima, orang tengah dan pihak yang melindungi perbuatan itu perlu disiasat serta dikenakan tindakan tanpa mengira latar belakang.

Menurutnya, Tabung Haji ialah institusi yang dekat dengan umat Islam dan sebarang usaha membongkar kelemahan pengurusan tidak sepatutnya dianggap sebagai penghinaan terhadap Islam atau orang Melayu.

“Yang disiasat ialah pengurusan manusia, manakala yang dipertahankan ialah amanah umat Islam. Jangan campurkan kesucian Islam dengan kesilapan manusia yang mengurus institusi Islam,” katanya.

Mahfuz turut mempersoalkan pendirian PAS terhadap RCI Tabung Haji, terutama proses penubuhannya yang berlaku ketika PAS berada dalam kerajaan.

Beliau berkata, jika proses RCI itu dipersoalkan sebagai serangan terhadap Melayu-Islam, persoalan timbul mengapa bantahan sedemikian tidak dikemukakan ketika proses siasatan sedang berjalan.

“Kalau tidak bersetuju dengan sesuatu dapatan, jawablah dengan fakta, bukti dan hujah. Jangan tukarkan perbahasan mengenai tadbir urus kepada ‘Melayu-Islam sedang diserang’,” katanya.

Mahfuz menyamakan laporan RCI dengan cermin yang menunjukkan kelemahan untuk diperbaiki, bukannya sesuatu yang perlu dipecahkan kerana tidak mahu melihat kekurangan sendiri.

Katanya, membongkar kelemahan Tabung Haji bukan mengaibkan umat Islam, sebaliknya langkah penting untuk memastikan pengurusan institusi itu terus diperkukuh dan amanah pendeposit terpelihara.

“Jangan gunakan Islam sebagai perisai kepada kesalahan manusia. Islam tidak takut kepada kebenaran. Yang patut takut ialah mereka yang mahu kesalahan manusia dilindungi atas nama Islam,” katanya.

Mahfuz berkata, prinsip membanteras rasuah mesti terpakai secara sama rata tanpa mengira Melayu, Cina, India, Islam, Buddha, Hindu, Kristian, kawan atau lawan.

“Maruah Melayu-Islam tidak terletak pada kemampuan kita menyembunyikan kelemahan. Maruah terletak pada keberanian mengakui kesilapan, membetulkan kelemahan dan memastikan amanah umat tidak disalahgunakan,” katanya.

RCI Tabung Haji menjadi perhatian selepas siasatan terhadap pengurusan dan tadbir urus institusi itu menimbulkan pelbagai persoalan mengenai keputusan serta urusan kewangan terdahulu.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
3 jam lalu· Politik
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
24 jam lalu· Politik
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
August 22, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
3 jam lalu · Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
3 jam lalu · Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
3 jam lalu · Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
24 jam lalu · Politik
FELDA rugi RM2.3 bilion, pelaburan di Indonesia semasa era BN 2016 dipersoal: Radzi Jidin
August 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok