AMK balas dakwaan FELDA, bangkit isu halangan semasa lawatan PMX di Muar

9 jam lalu · Politik

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim pernah dihalang daripada menggunakan Kompleks Penghulu di Sungai Balang, Muar ketika mengadakan lawatan untuk bertemu masyarakat setempat kira-kira dua minggu lalu.

Menurutnya, kejadian itu menimbulkan persoalan memandangkan Anwar sentiasa mengamalkan pendekatan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menangani pelbagai isu melibatkan rakyat.

“Daripada pengalaman saya, dua minggu lalu apabila perdana menteri datang ke Sungai Balang, beliau dinafikan menggunakan Kompleks Penghulu untuk bertemu nelayan, petani, warga pendidik dan pemimpin tempatan. Saya mahu tahu arahan siapa yang tidak membenarkan penggunaan kompleks itu. Perkara ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Beliau terdahulu turut berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, Jalex Lee En Xiang, semalam.

Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan turut menyifatkan dakwaan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi sebelum ini berhubung isu dihalang memasuki kawasan FELDA sebagai tindakan yang sengaja diperbesarkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurutnya, isu berkenaan tidak sepatutnya dijadikan bahan politik untuk meraih simpati pengundi.

“Jangan gunakan isu Felda ini sebagai satu lagi drama politik untuk meraih sokongan ataupun simpati. Sebaliknya, tunjukkan kepada rakyat apa tawaran, dasar dan pendekatan ekonomi yang dibawa,” katanya.

Beliau turut mengulas kenyataan Onn Hafiz yang sebelum ini menegaskan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo dan tidak akan membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk DAP sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri.

Kamil menyifatkan kenyataan itu sebagai pramatang dan tidak selari dengan realiti landskap politik semasa.

“Bagi saya, itu satu lagi kenyataan yang angkuh. Politik hari ini sudah berubah. Mereka yang memilih untuk mengadakan pilihan raya ini, bukan kita. Jadi tugas kita sekarang ialah meyakinkan rakyat untuk memberi mandat kepada PH,” katanya.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenai pembentukan kerajaan negeri hanya wajar diputuskan selepas rakyat memberikan mandat melalui peti undi.

Sebelum ini, Onn Hafiz mendakwa beliau dihalang memasuki kawasan FELDA ketika menghadiri majlis penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena sambutan Hari Peneroka Felda Johor 2026.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada sebarang arahan rasmi daripada kerajaan Persekutuan untuk menghalang kehadiran Menteri Besar Johor itu, manakala Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi turut menafikan pernah mengeluarkan arahan membatalkan program berkenaan.

Berita berkaitan
Bersatu tidak akan arah ahli undi parti lain macam PAS buat: Muhyiddin
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Lebih 24,000 kertas undi pos mula diedarkan
June 29, 2026· Politik
Puad dakwa Onn Hafiz takut berdebat, pernah diminta hadkan perbahasan DUN
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Amanah bidas UMNO terdesak mengemis sokongan PAS
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Maszlee uji sendiri jalan Tebrau, akui ‘melambung’ naik Myvi: Bernama
3 jam lalu · Politik
Jangan alih isu, AMK mahu Onn Hafiz jelaskan janji BN dulu yang tertunggak
3 jam lalu · Politik
Selepas ‘ceraikan’ Bersatu, Hadi gesa orang Melayu mengundi pemimpin Islam pula
5 jam lalu · Politik
PRN Johor: Puad dakwa UMNO bergantung dengan kerjasama PAS untuk menang
5 jam lalu · Politik
Bersama sahut cabaran PRN Johor, di mana Wawasan bertanding? – Rafizi
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok