AMK bidas pihak manipulasi kenyataan ‘melalak’ PMX

March 2, 2026 · Politik

Kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menggunakan istilah “melalak” berhubung isu penghinaan terhadap al-Quran tidak seharusnya dipetik di luar konteks sehingga menimbulkan persepsi mengelirukan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, istilah tersebut merujuk kepada sikap segelintir pihak yang didakwa tergesa-gesa menuduh kerajaan gagal bertindak, sedangkan siasatan dan proses penguatkuasaan sedang berjalan mengikut lunas undang-undang.

Menurutnya, kenyataan Perdana Menteri itu bukan ditujukan kepada mana-mana individu atau kumpulan tertentu, sebaliknya sebagai peringatan agar tidak membuat tuduhan melulu yang boleh mengeruhkan keadaan.

“Hakikatnya, individu yang terlibat dalam perbuatan menghina al-Quran telah pun ditahan dan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh oleh pihak berkuasa. Fakta ini jelas membuktikan kerajaan tidak berdiam diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu berkenaan tercetus selepas beberapa pihak mendakwa tiada tindakan diambil terhadap individu yang menghina kitab suci tersebut.

Menerusi media sosial, Anwar menegaskan, “Melalak ‘tiada tindakan’ tidak menjadikannya benar. Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi di ruangan komen.”

Antara yang mempersoalkan kenyataan itu ialah Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden serta Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil menegaskan Malaysia sebagai negara hukum perlu memastikan setiap tindakan diambil berasaskan peruntukan undang-undang, bukannya tekanan politik atau sentimen semasa.

Beliau berkata, dalam isu melibatkan sensitiviti agama dan keharmonian kaum, tindakan tergesa-gesa tanpa proses sah boleh mencetuskan ketegangan lebih besar.

“Ketegasan mesti disertai kebijaksanaan dan keadilan perlu ditegakkan melalui proses yang telus serta profesional,” ujarnya.

Beliau turut menolak naratif yang menggambarkan kerajaan lemah atau tidak bertindak, sambil menyifatkan kenyataan Anwar sebagai teguran terhadap budaya politik yang gemar membakar sentimen sebelum fakta lengkap diperoleh.

Sehubungan itu, AMK menyeru semua pihak menghentikan manipulasi isu berkenaan demi kepentingan politik sempit dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan siasatan tanpa gangguan.

Berita berkaitan
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
8 jam lalu· Politik
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
8 jam lalu· Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
8 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
April 30, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
8 jam lalu · Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
8 jam lalu · Politik
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026 · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
April 30, 2026 · Politik
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
April 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok