Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi

May 1, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menggesa rakyat terus menyokong langkah ekonomi kerajaan dalam menghadapi tekanan global susulan kenaikan harga minyak dunia.

Perdana Menteri berkata kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter walaupun berdepan tekanan ekonomi yang semakin mencabar.

“Kerajaan akan terus bekerja bertungkus-lumus mengambil langkah yang perlu, tetapi jangan kita anggap keadaan sekarang sama seperti beberapa bulan lalu kerana ekonomi dunia semakin buruk,” katanya sempena Sambutan Hari Pekerja 2026 bertemakan “Pekerja Madani Kesuma Negara” hari ini.

Menurut beliau, kenaikan harga minyak global didorong tindakan negara pengeluar utama termasuk Emiriah Arab Bersatu, namun Malaysia masih mengekalkan antara harga petrol paling rendah di dunia.

Pada masa sama, Anwar mengakui terdapat tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi dan sektor korporat yang mencadangkan kenaikan harga bahan api bagi menjaga kedudukan fiskal negara.

“Ramai mencadangkan harga minyak dinaikkan, tetapi saya perlu fikirkan nasib rakyat, terutama golongan pekerja bawahan. Kita perlu seimbangkan antara ekonomi negara dan kebajikan rakyat,” jelasnya.

Beliau turut memberi jaminan sebarang langkah yang diambil kerajaan adalah berasaskan kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi.

“Jika terpaksa ambil langkah lain, percayalah kita tidak khianati amanah. Kita tidak guna kuasa untuk kayakan diri atau keluarga. Harga minyak buat masa ini kekal RM1.99, jangan bimbang,” katanya lagi.

Kenaikan harga minyak dunia ketika ini dikaitkan dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang mencetuskan kebimbangan pasaran global.

Laporan antarabangsa menunjukkan harga minyak mentah Brent melonjak lebih tujuh peratus sehingga mencecah AS$126 setong, paras tertinggi dalam tempoh empat tahun sebelum sedikit susut.

Malaysia sebelum ini mengekalkan subsidi bahan api bagi mengawal kos sara hidup rakyat, namun tekanan ekonomi global dijangka terus memberi cabaran kepada dasar tersebut dalam tempoh terdekat.

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
21 jam lalu· Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
23 jam lalu· Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026· Politik
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
June 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Portal rasmi KKM diserang penggodam
2 jam lalu · Isu semasa
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
21 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
22 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
June 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok