AMK sifatkan himpunan ‘Turun Anwar’ tiada hala tuju, bawa agenda politik sempit

July 14, 2025 · Politik

Himpunan yang dirancang pembangkang pada 26 Julai depan disifatkan tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan mempunyai agenda politik sempit, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata walaupun hak untuk rakyat berhimpun harus dihormati namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menghasut atau mempengaruhi rakyat dengan isu-isu yang tidak menyelesaikan permasalahan.

“Kita negara yang demokrasi yang menjunjung hak setiap daripada warganya untuk berkumpul bagi mengadakan perhimpunan aman, itu kita hormat.

“Tetapi saya fikir rakyat dalam negara ini bijak untuk menilai dan meneliti apakah benar isu yang dibawa itu benar-benar menyentuh permasalahan rakyat, atau berlegar sekitar sentimen kebencian, kaum dan agama yang sempit,” katanya selepas menghadiri Karnival Kesenian Islam dan Malam Mahabbah Madani Parlimen Tambun di perkarangan Masjid Jamek Al-Amin semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, negara tidak boleh bergerak ke hadapan sekiranya rakyat terus dipengaruhi dengan agenda politik sempit yang dimainkan pembangkang seumpama itu.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan memberitahu, kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ketika ini masih kukuh, di samping negara terus berada di landasan tepat dalam mengukuhkan hubungan serantau selaku Pengerusi Asean 2025.

Muhammad Kamil bagaimanapun mengakui soal komunikasi dan penerangan kepada rakyat terutama dalam hal perluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta pelaksanaan subsidi bersasar terhadap bahan api perlu ditambah baik agar dapat menangkis salah faham umum.

Beliau berkata, walaupun ia bukan suatu keputusan popular, namun kerajaan perlu melakukannya bagi terus memperbaiki kelangsungan dan keupayaan ekonomi negara untuk masa akan datang.

“Semua Perdana Menteri sebelum daripada ini setuju bahawa subsidi perlu disasarkan, dan ia tidak boleh diteruskan dengan pendekatan subsidi secara pukal.

“Tetapi sebab apa tak buat? Tidak ada keberanian politik dan berdepan dengan masalah tidak ada kestabilan politik. Hari ini apabila Perdana Menteri buat, kamu kritik pula.

“Jadi ia lebih daripada bukan soal tak setuju daripada sudut prinsip, tetapi sebab dia tak berani dan dia geram kenapa Perdana Menteri hari ini berani buat langkah yang sebegitu,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, PAS menyasarkan penyertaan lebih 50,000 orang dalam Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur.

Berita berkaitan
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
2 jam lalu· Isu semasa
Henti buat dakwaan palsu Malaysia hantar diesel ke Filipina: PMX
April 13, 2026· Isu semasa
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026· Politik
Kuota matrikulasi kekal, pelajar 10A dapat laluan automatik: PMX
April 13, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
2 jam lalu · Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
5 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
6 jam lalu · Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026 · Politik
PKR Titiwangsa cadang kuota subsidi diesel kepada pengguna persendirian
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok