Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Ewon Benedick.
Anwar Ibrahim akan memberikan respons terhadap peletakan jawatan mengejut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick, berhubung isu hak 40 peratus hasil negeri Sabah.
Perdana Menteri semasa ditanya wartawan berhubung peletakan jawatan Ewon memberikan jawapan ringkas semasa menghadiri program Rancakkan MADANI Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pagi ini.
“I will, I will…” kata Anwar ringkas sambil meneruskan langkah.
Kenyataan ringkas itu menjadi satu-satunya respons awal daripada Perdana Menteri berikutan pengumuman Ewon pada malam Sabtu, yang meletakkan jawatannya berlandaskan prinsip dan pendirian teguh beliau.
Peletakan jawatan Ewon itu berkait rapat dengan tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlainan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan beliau untuk meninggalkan kabinet didorong oleh rasa tanggungjawab untuk memperjuangkan kepentingan Sabah.
Keputusan Ewon itu berkaitan dengan penghakiman terkini oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Celestina Stuel Galid, berhubung semakan kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS).
Ewon dikatakan telah meneliti penghakiman bertulis berkenaan sebelum membuat keputusan muktamadnya.
Isu pembayaran balik 40 peratus hasil negeri ini bukan perkara baharu, malah telah lama menjadi tuntutan utama kerajaan negeri Sabah.
Tindakan Ewon ini dilihat sebagai satu langkah drastik yang menyuntik semula desakan supaya janji-janji dalam MA63 ditunaikan sepenuhnya oleh kerajaan pusat.
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum