Anwar akhiri lawatan ke Rome dengan pertemuan bersama PM Itali: Laporan

July 3, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengakhiri lawatan kerja tiga hari di Itali dengan mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat beliau, Giorgia Meloni, di Palazzo Chigi, pada Khamis.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menegaskan semula komitmen negara masing-masing untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama yang lebih menyeluruh.

Kedua-dua pihak juga akan membincangkan pelbagai isu merangkumi kerjasama dua hala dalam sektor ekonomi seperti perdagangan dan pelaburan, serta kerjasama dalam pertahanan, tenaga boleh baharu dan alam sekitar, komoditi pertanian, dan sektor digital.

Perbincangan turut meliputi kerjasama antara rakyat termasuk pendidikan, pertukaran budaya, sektor pelancongan, serta isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama seperti situasi di Timur Tengah.

Pada mesyuarat dua hala, Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Itali Datuk Zahid Rastam.

Anwar tiba di ibu negara ini pada Selasa sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Itali, Perancis dan Brazil, yang merupakan usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala dan menggalakkan kerjasama ekonomi pada peringkat global.

Pada 2024, jumlah dagangan antara Malaysia dengan Itali mencatatkan peningkatan dua peratus, mencecah RM14.61 bilion (USD3.18 bilion), berbanding 2023.

Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah dagangan meningkat sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun kepada RM6.5 bilion (USD1.48 bilion).

Itali kekal sebagai rakan dagang kelima terbesar Malaysia dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah pada 2024.

Anwar akan berlepas ke Paris selepas ini, dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa lawatan dua hari ke sana.

Seterusnya, Anwar akan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janeiro atas jemputan Presiden Brazil Luiz InĂ¡cio Lula da Silva. – Bernama

Berita berkaitan
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
8 jam lalu· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
11 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: RM510 bilion untuk rakyat dan masa depan ekonomi
17 jam lalu· Isu semasa
Duti hiburan dikecualikan, tiket filem tempatan dijangka murah: Fahmi
17 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
3 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
8 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok